kulupsakah.blogspot.com Open in urlscan Pro
2a00:1450:4001:831::2001  Public Scan

URL: https://kulupsakah.blogspot.com/
Submission: On June 29 via api from US — Scanned from DE

Form analysis 0 forms found in the DOM

Text Content

Boost Your Traffic




RONASINA

jadi diri sendiri





THURSDAY, JUNE 23, 2022


PENULIS LIRIK JADI SASTERAWAN NEGARA



 Tajuk: 

Penulis Lirik Layak Jadi Sasterawan Negara



Oleh Ronasina

Berakhirnya Anugerah Juara Lagu 36 anjuran TV3 kelmarin menunjukkan betapa
industri lagu negara kita masih tetap hidup dalam apa juga keadaan tidak kiralah
pada era politik kita stabil, ketika bergolak teruk atau ketika ekonomi mencanak
mahupun di waktu ia meleset. Lagu dan muzik masih tetap menjadi ubat jiwa kita
semua. Tidak hairanlah lagu merupakan bahan perantaraan yang cukup ampuh dalam
menyampaikan sesuatu mesej/pesanan/agenda/propaganda sehingga ke ceruk kota dan
desa. Muzik dan lagu mampu 'menyekolahkan' fikiran manusia.

Lagu Adalah Pakej
Bila sebut lagu bermakna ia adalah pakej gabungan melodi dan senikata (lirik).
Dalam industri muzik tempatan sejak dahulu lagi sebenarnya kita tidak kurang
dengan lagu-lagu yang mempunyai senikata hebat hasil tulisan penulis-penulis
hebat. Dari zaman P.Ramlee kita ada S.Sudarmaji, Jamil Sulong, Yusnor Ef, Kassim
Masdor (sekadar menyebut beberapa nama) sehinggalah ke hari ini ramai pelapis
lahir seiring dengan perkembangan muzik itu sendiri.

Lirik sebuah karya sastera
Tidak keterlaluan kalau kita soroti beberapa senikata lagu yang dihasilkan oleh
penulis senikata lagu adalah sebuah karya sastera yang indah dan bermutu tinggi.
Penyanyi mengalunkan dalam bentuk lagu lirik-lirik tulisan Habsah Hassan,
M.Nasir, S.Amin Shahab, Bob Lokman, Siso, Loloq atau Hairul Anuar Harun dan
karya tersebut meniti dari hati ke hati, dinyanyikan semula oleh khalayak
sehingga ke dalam bilik air. Tidakkah karya tersebut 'sampai'? Fikirkan!

Layakkah penulis lirik jadi Sasterawan Negara?
Jika ia memenuhi kriteria mengapa tidak? Beberapa penulis senikata lagu yang
disebutkan di atas sangat prolifik dan konsisten menulis, menghasilkan karya
yang dapat dinikmati berbagai lapisan masyarakat sehingga ia melekat di dalam
kepala. Mereka telah cukup lama berada di dalam dunia penulisan senikata lagu.
Lagu Merisik Khabar, Kekasih Awal Dan Akhir, Mentera Semerah Padi, Isabella,
Cindai telah melangkaui sempadan kaum, umur dan negara dengan bahasa yang indah.
Malah mereka ini mempunyai 'stok satu almari' senikata hebat yang perlu dikaji
dan diteliti untuk diangkat. Saya berpandangan mereka mempunyai testimoni yang
cukup untuk dimasukkan ke dalam senarai calon Sasterawan Negara sebaris dengan
penggiat sastera lain. Ya, karya sastera yang indah, bahasa bermutu,
pengkaryanya sangat prolifik serta mampu 'sampai' ke bilik tidur pendengar tidak
cukup layakkah?

Mungkin kerana kita masih menganggap lagu dan muzik hanyalah sebuah hiburan
ringan dan remeh maka ia tidak layak dibincangkan apatah lagi untuk diangkat
sebagai sebuah khazanah hebat? Mengapa kita masih lambat seperti selalu? <Tamat>


Posted by kulupSakah at 3:12 AM 1 comment:





TUESDAY, DECEMBER 29, 2020


MENULIS



 Ada yang tanya aku macamana nak tulis bagi orang suka baca. Aku jawab aku tak
tahu nak ajar. Susah nak ajar orang bagaimana nak menulis. Cuma aku boleh kata
aku menulis dengan menjadi aku. 

Aku rasa bentuk tulisan seseorang itu banyak dipengaruhi oleh buku apa yang
mereka baca kerana sebelum menulis kena membaca dahulu. Buku apa yang kita baca,
penulis apa yang kita suka, itu merupakan proses permulaan kita mencari cara
kita. Selebihnya gaya bahasa dan larasnya mengikut pengalaman peribadi kita.
Kalau tidak menjadi diri sendiri kita akan dilihat terlalu mencuba. 



Sama ada mutu tulisan itu baik atau tidak, kita tahu apa rujukan atau
pengetahuan penulis. Aku tak mahu kata ia bagus atau tidak. Ada yang sedap
tulisannya, olahannya dan gaya penceritaannya. Tak kira guna kaedah bahasa
tinggi atau rendah, kabur atau jelas asalkan itulah gaya kita. 


Posted by kulupSakah at 9:36 PM 6 comments:





TUESDAY, JULY 16, 2019


BAPAK AYAM


Merekalah bapak ayam
Mengatur tauke tauke besar yang ghairah merogol
Menyondol hutan hutan dara subur yang basah lebat merimbun
Meraba ganas liang, lubang, lurah dan lekuk sungai sehingga keruh
Menggoncang rakus batang batang balak yang keras tegang mencudak lalu langsung
ditebang
Meramas bukit bukau yang subur dan mengkal kemudian menarahnya sampai lonyeh

Merekalah bapak ayam
Terhangguk hangguk di celah kangkang sang tauke
Mengulum dan menghisap takuk laba yang berkilau
Buat mengisi perut anak bini di rumah

Ronasina
Isnin 15/7/19
7:09 petang
LAX



Posted by kulupSakah at 8:16 AM 18 comments:





THURSDAY, NOVEMBER 29, 2018


MAT KONDOM PUNYA KISAH


Semalam jumpa dia. Kali terakhir jumpa dia masa hari Mahathir angkat sumpah di
Istana Negara ketika aku meninjau rakyat berhimpun di tepi jalan menuju ke
istana.

"Lu sekarang dah tak berapa kutuk Najib ya? " Tanya dia. Dia panggil aku 'lu'
saja. Takpe,  'gua' ok.

Aku mengangguk. "Sebab dia dah tak ada kuasa. Jadi inilah masanya dia diheret ke
muka pengadilan yang kita sama sama percaya telah berlaku reformasi. " Jawab aku
ringkas.

Betul. Aku dah tak kutuk BN. Kini masa untuk membuktikan penyelewengan yang
didakwa selama ini mereka lakukan. Dan aku menjadi mata bersedia mengkritik
kerajaan baru pula. Tapi dia ini memang hari hari bantai Umno,  bantai PAS di
media sosial.

"Ok,  brader. Gua tak boleh lama. Ada kerja. " Dia meminta diri. Sambil
membetulkan kemeja lengan panjangnya yang sedikit berkedut,  dia yang siap
berdasi tergesa gesa berlalu.

Dia sudah jadi pegawai di kerajaan sekarang. Dia yang dulu bila kita tulis kaw
kaw kutuk BN,  hanya berbisik,  "Aku setuju dengan kau tapi tak boleh nak
tunjuk". Dia yang dulu bila nak pergi demonstrasi siap tanya dulu ramai tak SB, 
ada FRU tak. Dia yang duduk belakang belakang dengan muka pucat.  siap sedia nak
lari. Dia, si main selamat. Play Safe. Dialah Mat Kondom.





 

Posted by kulupSakah at 7:35 PM 11 comments:





WEDNESDAY, NOVEMBER 28, 2018


KETAT, TEGANG, KERAS DAN CEPAT TERPANCUT


Sejak kecil aku terdedah dengan ajaran agama di sekeliling aku dengan nada yang
keras dan tegas. Aku takut sebab seperti kita ini sebaik sahaja buka mata di
waktu pagi sehinggalah hendak tutup mata untuk tidur pada malamnya,  sentiasa
diperhatikan oleh makhluk yang ditugaskan untuk memantau apakah aku akan sedang
dan telah melakukan kesalahan dan dosa.

Apakah aku akan jadi insan yang kamil disebabkan aku ikhlas atau aku diupah
dengan ganjaran nikmat syurga atau aku tak mahu jadi jahat sebab aku telah
ditakut takutkan dengan azab sengsara?

Tanpa upah dan hukuman,  apa aku akan jadi? Bagaimana fitrah keikhsanan aku
dapat dicungkil tanpa sogokan semua ini? Berkesankah jiwa aku diajak menjadi
intan tanpa gertak dan belaian?

"Sahaja aku solat..... Kerana Allah Ta'ala. " ajar Ustaz.

Kerana Allah Ta'ala. Bukan kerana lain. Bukan kerana ditakutkan atau disogokkan.

Innasolati,  wanusuki,  wamahyaya wamamati lillahi rabbil alamiin.

Tiada sebab lain,  ikhlas keranaNya,  kata Pak Guru.

"Nikmatnya akan sampai apabila kita berada di syurga nanti,  apabila segala
permintaan kita pasti ditunaikan Allah atas balasan kita berbuat baik semasa
hayat kita di dunia. " Kata Pak Guru.

"Semua permintaan kita ditunai? "Tanya aku yang baharu saja akil baligh.

Pak Guru mengangguk.

"Bolehkah saya meminta untuk menjadi Tuhan? "

Pak Guru mengelap matanya. Sejak itu aku diasingkan daripada kumpulan kami.



Posted by kulupSakah at 11:27 PM 4 comments:





SUNDAY, NOVEMBER 25, 2018


KAU JANGAN NAIK!


Bila melihat sebuah kejayaan,  aku gemar melihat di sebalik perayaan itu.  Siapa
di belakang tabir yang sama sama menggalas tugas sehingga kejayaan dikecapi.
Bila penyerang menjaringkan gol kita puja dia tetapi terlupa siapa yang
melorongkan bola. Tanpa kawan sejati, tanpa heroin, tanpa crook,  hero bukan
sesiapa.

Bila dengar lagu kita puja penyanyi dan terlupa siapa penggubah lagu,  penulis
senikata, pemuzik. Filem yang hebat siapakah teraju utamanya.

Tapi ada orang yang sudah lepas naik berasa takut dengan bakat bakat baru yang
difikir boleh menumbangkannya.  Dia ada pengaruh untuk menyekat mereka kalaupun
tidak membunuh potensi mereka sebelum mereka naik. Rasa tergugat dan terancam.
Dia tutup  ruang. Tak bagi orang lain naik.

Kenapa harus jadi begini? Kenapa masih ada Habil dan Qabil?

Lepas dia,  dia. Lepas dia,  dia. Lepas dia,  dia saja. Orang lain dia tak
peduli.  Dia tak dapat dia bising.

Kadangkala rasa macam kita lahir di negara yang salah dan jadi kaum yang salah.
Hahahha!

Ayuhlah,  sama sama naik. Jangan sekat orang,  bunuh orang atau lepaskan tengkuk
sendiri. Ada pengaruh,  payungkan orang yang baru nak naik. Baru kita boleh
bercakap tentang hendak majukan negara dalam apa juga lapangan.

Bukannya lepas dia,  dia. Lepas dia,  dia. Lepas dia,  dia.  Lepas dia.....




Posted by kulupSakah at 9:33 PM 6 comments:





SATURDAY, NOVEMBER 17, 2018


KHITAN, KHATAN DAN LANGAU




Saya nampak isu khatan anak perempuan ini lalu depan mata. Saya buat tak tahu
saja. Malu nak campur. Takkanlah kita sibuk berkelintau dengan perkara perkara
macam ni. Tapi sebab ada langau langau yang tak ada sangkut paut turut sibuk
menghurung,  saya meluat.

Saya pernah ada dua anak perempuan. Istimewa pula tu. Saya cuak juga dulu bila
isteri  kata nak khatankan mereka. Takut saya anak-anak saya yang kurang upaya
itu kesakitan. Tapi isteri saya adalah ibu kedua mereka. Takkanlah dia bangang
tak sayang anak anak saya. Dia ibu lagilah kuat cintanya kepada anak anak.
Takkanlah dia bangang  sebagaimana saya bangang sebab tak faham bagaimana
rupanya keadaan sunat perempuan tu. Bila selesai,  barulah saya faham dan saya
tahu. Ia bukan potong habis terus. Jadi,  dalam bab sunat budak perempuan saya
tak bangang lagi. Saya nampak dan saya dah tahu. Jika ada anak perempuan lagi, 
saya ok sahaja untuk buat.

Juga dulu ada desakan untuk mengiktiraf jenayah jika ibubapa memakaikan tudung
kepada anak perempuan bawah umur. Bagi peribadi saya,  jika saya ada anak
perempuan bawah umur saya tidak memakaikan lagi tudung tetapi saya sangat sangat
menghormati jika ada ibubapa yang memilih untuk memakaikan tudung sejak awal
jika mereka percaya itu adalah didikan awal. Saya hormati sangat sangat. Yang
marah,  tak perlulah sampai minta perkara ini diiktiraf sebagai jenayah.
Anggaplah ini hak asasi mereka berkeluarga. Nanti bila besar,  anak anak ini
akan memilih sendiri. Macam saya,  ibubapa saya cukup anti lelaki berambut
panjang. Tak tahu kenapa. Semasa remaja saya sangat patuh kepada mereka. Hari
ini, saya pilih berambut begini sebab saya suka.

Berbalik kepada  isu khitan anak perempuan,  soal ia tuntutan Islam ke,  budaya
Arab ke,  budaya Melayu ke,  biarlah lingkungan-lingkungan ini yang berbicara.
Yang tak ada kena mengena janganlah jadi langau. Seeloknya begitulah kalau kita
menghormati kepercayaan antara satu sama lain. Isu tudung tadi pun,  seeloknya
yang tak berkenaan usahlah jadi langau.

Ini pandangan peribadi sayalah. Di facebook  saya,  saya yang kawal. Maka jika
ada langau yang menyibuk nyibuk pasal kepercayaan dan amalan orang lain yang dia
tak terlibat tapi dia memperlekehkan,  menghinanya maka saya akan nyahkan dari
senarai friend. Sebab saya sangat menghormati kepercayaan orang lain dan tidak
akan menyibuk akan amalan mereka.  Dia nak halalkan punai dia sodok kunyit, 
saya tidak campur. Budaya sial nombor 4 yang mereka percaya sehingga 
menggantikan nombor  3A di papantanda jalan,  alamat rumah,  tingkat lif itu, 
saya tidak ada masalah. Akidah saya tidak akan terpesong dengan kepercayaan yang
tak ada kena mengena dengan kepercayaan saya.

Apa yang saya katakan di atas bukan untuk diheret ke medan yang lebih besar.
Saya hanya bercakap untuk ruang facebook saya sendiri yang mana saya ingin
mengatakan saya sangat menghormati budaya dan amalan kepercayaan orang lain
tetapi sangat menyampah dengan mereka yang menjadi langau menyibuk dengan
kepercayaan dan amalan saya. Itu sahaja. Bab berbeza pandangan politik dan isu
lain,  saya ok.

Posted by kulupSakah at 11:53 PM 6 comments:



Older Posts Home

Subscribe to: Posts (Atom)







NEGARAKU - RONASINA


Koleksi Kartun Satira Rakyat



FACEBOOK

Ronasina Kartunis

Create Your Badge



YANG POWER DI PASARAN SEKARANG!!

 * Tukar Tiub
   RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
   1 year ago
   
 * Pena Jiwa..@ku
   3 years ago
   
 * Libang Libu
   Zaid Ibrahim Terjun Dengan Botol2nya, Biarkan.. biarkan..
   5 years ago
   
 * tukangkomen
   Akhirnya, Malaysia berubah
   6 years ago
   
 * MOUNTDWELLER
   Datin gets jail, but what about Suyanti?
   6 years ago
   
 * CeritaOrangGilak
   Hai Juana!
   6 years ago
   
 * BlogCkChew - Stand Up, Be Counted
   Signatures That Don’t Lie – How Najib Razak Personally Ran 1MDB EXCLUSIVE! BY
   SARAWAK REPORT
   8 years ago
   
 * Sepanjang Jalan Kenangan
   BERSIH. Bila terancam penguasa sanggup lakukan apa saja.
   8 years ago
   
 * b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
   Harap harap ayahnda mountdweller boleh bagitau species dan jenis apa
   9 years ago
   
 * WAK JONO
   pemuda baru mengenal garam
   10 years ago
   
 * AKU OK U?
   Malaysia - Beijing - Malaysia
   11 years ago
   
 * Ikut Suka Aku (ISA)
   
   




BLOG ARCHIVE

 * ▼  2022 (1)
   * ▼  June (1)
     * Penulis Lirik Jadi Sasterawan Negara

 * ►  2020 (1)
   * ►  December (1)

 * ►  2019 (1)
   * ►  July (1)

 * ►  2018 (25)
   * ►  November (13)
   * ►  October (10)
   * ►  June (2)

 * ►  2017 (1)
   * ►  January (1)

 * ►  2016 (20)
   * ►  May (1)
   * ►  April (2)
   * ►  March (3)
   * ►  February (4)
   * ►  January (10)

 * ►  2015 (26)
   * ►  October (3)
   * ►  September (5)
   * ►  August (3)
   * ►  July (5)
   * ►  February (2)
   * ►  January (8)

 * ►  2014 (45)
   * ►  December (8)
   * ►  November (3)
   * ►  August (3)
   * ►  July (2)
   * ►  June (2)
   * ►  May (3)
   * ►  April (3)
   * ►  March (12)
   * ►  February (8)
   * ►  January (1)

 * ►  2013 (266)
   * ►  December (8)
   * ►  November (16)
   * ►  October (12)
   * ►  September (12)
   * ►  August (15)
   * ►  July (21)
   * ►  June (19)
   * ►  May (44)
   * ►  April (69)
   * ►  March (19)
   * ►  February (20)
   * ►  January (11)

 * ►  2012 (202)
   * ►  December (20)
   * ►  November (23)
   * ►  October (23)
   * ►  September (18)
   * ►  August (37)
   * ►  July (23)
   * ►  June (13)
   * ►  May (10)
   * ►  April (8)
   * ►  March (11)
   * ►  February (8)
   * ►  January (8)

 * ►  2011 (182)
   * ►  December (5)
   * ►  November (8)
   * ►  October (10)
   * ►  September (12)
   * ►  August (15)
   * ►  July (18)
   * ►  June (17)
   * ►  May (23)
   * ►  April (18)
   * ►  March (22)
   * ►  February (17)
   * ►  January (17)

 * ►  2010 (273)
   * ►  December (23)
   * ►  November (15)
   * ►  October (20)
   * ►  September (14)
   * ►  August (25)
   * ►  July (21)
   * ►  June (20)
   * ►  May (30)
   * ►  April (33)
   * ►  March (31)
   * ►  February (18)
   * ►  January (23)

 * ►  2009 (446)
   * ►  December (16)
   * ►  November (22)
   * ►  October (22)
   * ►  September (28)
   * ►  August (46)
   * ►  July (34)
   * ►  June (33)
   * ►  May (41)
   * ►  April (42)
   * ►  March (65)
   * ►  February (65)
   * ►  January (32)

 * ►  2008 (148)
   * ►  December (35)
   * ►  November (21)
   * ►  October (23)
   * ►  September (41)
   * ►  August (23)
   * ►  July (5)




KEHADIRAN


Term Papers



MASUK

widget




ABOUT ME

kulupSakah lahir di KUALE KANGSOR, besor di PAHANG, mendapat Ijazah Kehormat
dalam bidang Politik AntiBengkok di UNIKALIMA Land (Universiti KAKI LIMA JALAN)
View my complete profile


Simple theme. Powered by Blogger.



Diese Website verwendet Cookies von Google, um Dienste anzubieten und Zugriffe
zu analysieren. Deine IP-Adresse und dein User-Agent werden zusammen mit
Messwerten zur Leistung und Sicherheit für Google freigegeben. So können
Nutzungsstatistiken generiert, Missbrauchsfälle erkannt und behoben und die
Qualität des Dienstes gewährleistet werden.Weitere InformationenOk