pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com
Open in
urlscan Pro
2a00:1450:4001:80f::2001
Public Scan
URL:
http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com/
Submission: On March 19 via api from US — Scanned from DE
Submission: On March 19 via api from US — Scanned from DE
Form analysis
0 forms found in the DOMText Content
PENGAJIAN MALAYSIA Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya FRIDAY 19 SEPTEMBER 2014 BAB 15: DASAR POLITIK PENGENALAN Amalan dasar luar negara kita setelah hampir 50 tahun merdeka telah banyak memberi manfaat kepada negara. Dasar luar yang pragmatik dan berlandaskan keperluan serta kepentingan negara telah menghasilkan sebuah negara Malaysia yang pesat membangun, dihormati serta disegani dunia luar. Hari ini, kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju dunia. Kita bebas dan bermaruah. Kita tidak rasa tersisih ataupun diketepikan oleh masyarakat dunia. Suara kita terus didengari di persada antarabangsa. Dasar luar negara yang pro-aktif dan bervisi adalah mustahak untuk menjamin kepentingan dan kedaulatan negara. Tanpa dasar luar yang mantap, Malaysia mungkin telah lama hanyut, hidup mengikut telunjuk kuasa-kuasa besar. Sehubungan itu, penting bagi penggubalan dasar luar negara mencerminkan keadaan serta keperluan dalaman negara. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menerangkan dan membezakan prinsip-prinsip dasar luar berdasarkan era kepimpinan. 2. Menerangkan latarbelakang dan objektif setiap kerjasama yang dijalinkan secara multi-literal seperti ASEAN, OIC, PBB, KOMANWEL dan NAM. 14.1 DASAR LUAR PEMIMPIN NEGARA Dasar luar Malaysia yang telah dibentuk sejak merdeka telah melalui empat tahap oleh pemimpin yang berbeza. Semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman (1957-1970), dasar luar Malaysia lebih bercorak pro-Barat dan antikomunis memandangkan negara baharu sahaja merdeka dan pada waktu ini ancaman komunis masih kuat.[1] Pada zaman Tun Abdul Razak Hussein (1970-1975), dasar luar Malaysia menitikberatkan pembangunan dan integrasi sosial dengan mengadakan lebih banyak hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik. Pada zaman kepimpinan Tun Hussein Onn (1975-1981), penekanan dasar luar adalah berdasarkan kerjasama pertahanan dan keselamatan negara. Semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad, dasar luar negara lebih mementingkan hubungan ekonomi dan mengekalkan dasar-dasar sebelumnya. Selain itu, soal keamanan dan keadilan masyarakat antarabangsa juga turut menjadi agenda penting. Dasar luar di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi, beliau menekankan hubungan dagangan dengan Negara China, membuka lembaran baru dalam hubungan antara Malaysia dengan Singapura di samping meneruskan dasar-dasar pemimpin terdahulu. Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara luar melalui dua pendekatan iaitu secara bilateral dan multilateral. Contohnya, hubungan bilateral iaitu hubungan sebuah negara sahaja, contohnya Malaysia dengan Iran, manakala hubungan militeral pula merupakan hubungan secara kumpulan seperti Malaysia dengan negara lain melalui PBB, ASEAN, OIC dan sebagainya. PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA Dasar luar Malaysia telah melalui beberapa perubahan selaras dengan perkembangan di dalam dan di luar negara. Dasar luar Malaysia terbahagi kepada lima tahap mengikut pemimpin negara Malaysia yang memerintah pada masa itu[2]. Dasar Luar Dalam Tempoh 1957 – 1969 Dasar luar Malaysia di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman adalah bercorak Pro-Barat, Pro-Komanwel dan Anti-Komunis. 1. Dasar Pro-Barat i. Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) dimeterikan pada tahun 1957. Kerajaan British menajmin bantuan tentera sekiranya tanah Melayu diserang oleh mana-mana negara. ii. Mengamalkan dasar perdagangan bebas (laissez–faire). Perjanjian pelaburan ditandatangani dengan beberapa negara bukan komunis seperti Jerman Barat, Amerika Syarikat dan Jepun. 2. Dasar Anti-Komunis i. Tunku Abdul Rahman telah memberi sokongan penuh kepada Amerika Syarikat untuk membendung perluasan pengaruh komunis di Vietnam Selatan. ii. Melawat Vietnam selatan pada tahun 1958 dan memberi jaminan persahabatan kepada Presiden Ngo Dinh Diem. iii. Tidak mengiktirafkan Republik Rakyat China yang diperintah oleh kerajaan Komunis. Juga mengutuk pencerobohan China ke atas Tibet pada tahun 1959. 3. Dasar Kerjasama Serantau i. Menganggotai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama dengan Negara Thai dan Filipina. ii. Menganggotai MAPHILINDO pada tahun 1963. iii. Menganggotai ASEAN pada tahun 1967. iv. Menganggotai Gerakan Negara-negara Berkecuali (NAM). v. Menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).[3] Dasar Luar Dalam Tempoh 1970 – 1980 1. Dasar Berkecuali i. Tamat konfrontasi dengan Indonesia. ii. Berpegang teguh kepad dasar berkecuali dan ZOPFAN. iii. Menggugurkan dasar anti-komunis, mengadakan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China, Rusia dan Jerman Timur. iv. Menyokong kemasukan China dalam PBB. 2. Dasar Pro-Barat Yang Semakin Luntur Corak perniagaan dan perdagangan laissez-faire berubah menjadi campuran. Jadi pelaburan asing disekat (selaras dengan Dasar Ekonomi Baru) 3. Dasar Pro-Islam i. Aktif dalam Pertubuhan Persidangan Islam OIC. ii. Mengeratkan hubungan dengan negara-negara Islam seperti PLO dan negara Arab. 4. Penglibatan Yang Aktif Dalam PBB Dasar Luar Dalam Tempoh 1980-an 1. Mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur Merapatkan hubungan dan kerjasama teknikal dan perdagangan dengan negara Jepun dan Korea Selatan. 2. Mengurangkan Pergantungan Kepada Barat Mewujudkan Kumpulan 15 yang terdiri daripada negara sedang membangun. 3. Mementingkan Semangat Selatan-Selatan i. Mengadakan Suruhanjaya Selatan-Selatan dan Dialog Selatan-Selatan. ii. Berjuang mewujudkan Order Baru Ekonomi Dunia. 4. Bergiat Cergas Dalam KOMANWEL Menjadi tuan rumah kepada CHOGM pada tahun 1989. 5. Isu Antartika Antartika boleh digunakan untuk menggalakkan pelucutan senjata nuklear tetapi mesti bebas daripada ketenteraan dan senjata nuklear. Dasar Luar Dalam Tempoh 1990-an i. Lantang menyuarakan isu alam sekitar, mahukan negara maju memikul tanggungjawab bersama (Sidang Kemuncak Bumi). ii. Menjadi tuan rumah kepada IFNGO (Persidangan Badan-badan Bukan Kerajaan dalam Pencegahan dan Penyalahgunaan Dadah). iii. Mengemukakan ketidakpuasan cara PBB menyelesaikan isu Bosnia-Herzergovina. iv. Menentang ujian nuklear yang dijalankan oleh Perancis di Lautan Pasifik Selatan. v. Pada tahun 1996, Tan Sri Razali Ismail iaitu Wakil Tetap Malaysia ke PBB dilantik menjadi Presiden Perhimpunan Agung PBB. Dasar Luar Dalam Tempoh 2000-an i. Menghantar pasukan tentera untuk menyertai pasukan pengaman PBB di Timor Timur di Indonesia. ii. Menentang keganasan antarabangsa dan menentang pengambilan tindakan ketenteraan untuk menghapuskan keganasan. iii. Menyeru PBB menganjurkan persidangan antarabangsa untuk mengkaji punca-punca yang menyebabkan munculnya kumpulan pengganas. iv. Menjadi Pengerusi NAM dan OIC pada tahun 2003. 14.2 PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA (ASEAN) Logo ASEAN Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai Association of South East Asian Nations (ASEAN) di tubuhkan pada pada 8 Ogos 1967. Penubuhan ASEAN diisytiharkan melalui Deklarasi Bangkok yang ditandatangani Oleh Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand) dan N. Romas (Setiausaha Luar Filipina)[4]. Deklarasi Bangkok 1967 ada menyebut bahawa ASEAN bertujuan untuk memperbaiki kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, Teknologi dan pentadbiran dan diharapkan dapat mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Tenggara. Penyertaan Malaysia dalam ASEAN merupakan satu keutamaan dalam menentukan arah tuju dasar luar negara. Malaysia mementingkan pengukuhan ASEAN kerana sekiranya kestabilan ASEAN terjejas, ini akan memberi kesan negetif terhadap Malaysia, terutama dari segi politik dan ekonomi. Objektif Penubuhan ASEAN Walaupun pertimbangan politik dan strategik merupakan asas penubuhan ASEAN namun peranan Deklarasi Bangkok amat penting khususnya dalam mewujudkan kerjasama ekonomi dan kestabilan sosial kawasan serantau. Deklarasi Bangkok telah menggariskan tujuh matlamat penting penubuhan ASEAN iaitu: i. Mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan serantau. ii. Mengekalkan keamanan dan kestabilan kawasan serantau dengan menghormati dan mematuhi peraturan, undang-undang dan keadilan negara-negara kawasan serantau serta mematuhi prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. iii. Memupuk kerjasama yang aktif dan mengembangkan kepentingan bersama dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran. iv. Membekalkan bantuan dan kemudahan latihan, penyelidikan dan pembangunan dikalangan negara-negara anggota. v. Mewujudkan kerjasama yang lebih efektif dalam penggunaan sumber yang lebih banyak dalam industri pertanian, memperluaskan perdagangan dan membuat kajian mengenai masalah perdagangan komoditi antarabangsa, meningkatkan kemajuan bidang pengangkutan dan perhubungan serta bekerjasama bagi menaik taraf hidup rakyat negara-negara anggota. vi. Meningkatkan bidang pengajian dan pendidikan yang lebih maju di Asia Tenggara. vii. Mengekalkan kerjasama yang erat dan berfaedah menerusi pertubuhan serantau serta pertubuhan antarabangsa yang telah wujud dan mempunyai matlamat yang sama. PRINSIP- PRINSIP UTAMA ASEAN Prinsip-prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut: i. Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara. ii. Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar. iii. Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman. iv. Menolak penggunaan ketenteraan. v. Kerjasama effektif antara anggota. Negara-Negara Anggota Dan Tarikh Menyertai ASEAN SEHINGGA KINI, ASEAN DIANGGOTAI OLEH 10 BUAH NEGARA IAITU : (1) Malaysia – 8 Ogos 1967 (2) Thailand – 8 Ogos 1967 (3) Indonesia – 8 Ogos 1967 (4) Filipina – 8 Ogos 1967. (5) Singapura – 8 Ogos 1967. (6) Brunei Darussalam – 8 Januari 1984. (7) Vietnam – 28 Julai 1995 (8) Laos – 23 Julai 1997 (9) Myanmar – 23 Julai 1997 (10) Cambodia – 30 April 1999 KERJASAMA DALAM BIDANG POLITIK DAN KESELAMATAN Kerjasama dalam bidang politik dan keselamatan menjadi agenda utama ASEAN pada peringkat awal penubuhannya. Antara agenda penting ASEAN yang melibatkan isu-isu politik dan keselamatan[5] ialah: i. ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dn Berkecuali) 1971. ii. Perjanjian Berbaik-baik dan Kerjasama Asia Tenggara (TAC) 1976. iii. Deklarasi Konkord ASEAN 1976. iv. Forum Serantau ASEAN (ARF) 1994. v. Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) 1995. KERJASAMA DALAM BIDANG EKONOMI Antara kerjasama ekonomi yang dilaksanakana oleh ASEAN ialah: i. Projek Industri ASEAN 1976. ii. Skim Pelengkap Industri ASEAN 1981. Kerjasama Dalam Bidang Sosial Antara kerjasama sosial yang dilaksanakan oleh ASEAN ialah: i. Menganjurkan pesta filem dan pesta lagu ASEAN. ii. Pertunjukan kebudayaan ASEAN dan pertukaran radio dan televisyen. iii. Kerjasama kesusateraan, sukan dan kesihatan. iv. Setiap negara anggota menyediakan tempat di pusat pengajian tinggi kepada pelajar dari negara anggota yang lain. v. Penubuhan SEAMEO (Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara) untuk memajukan kerjasama dalam bidang pelajaran, sains dan kebudayaan. vi. Kerjasama dalam mengawal penyalahgunaan dadah. vii. Usahasama dalam menjalankan penyelidikan ke atas penyakit-penyakit tropika. viii. Kerjasama dalam bidang pelancongan dengan mengadakan projek-projek pelancongan secara bergilir-gilir diantara anggota ASEAN[6]. Rakan dialog ASEAN terdiri daripada China, Jepun, Korea Selatan dan India. 14.4 PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC) OIC ditubuhkan pada 25 September 1969 di Rabat, Marocco, sebagai menyahut seruan Almarhum Raja Faysal Ibn Abdulaziz kearah penyatupaduan dunia Islam. Ibu pejabatnya terletak di Jeddah, Arab Saudi. Malaysia turut menganggotai OIC dan Tunku Abdul Rahman (bekas Perdana Menteri Malaysia) telah dilantik menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. OBJEKTIF PENUBUHAN OIC i. Tujuan utama penubuhan OIC ialah untuk mewujudkan kerjasama antara negara- negara angota ke arah memupuk perpaduan umat Islam di dunia. ii. Mengeratkan perpaduan dan kerjasama di kalangan negara anggota khususnya dalam bidang ekonomi, sains, sosial dan kebudayaan. iii. Memperkukuhkan kerjasama bagi memelihara kehormatan, kemerdekaan dan hak bangsa. iv. Menyelesaikan masalah pertelingkahan yang melibatkan negara Islam. v. Menghapuskan sebarang penindasan dan penjajahan bagi mewujudkan keamanan sejagat. Negara Anggota OIC Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 buah negara Islam di seluruh dunia. Kebanyakannya terdiri dari negara Timur Tengah dan Utara Afrika. Terdapat juga ahlinya dari negara Asia Tenggara, Eropah dan Amerika Selatan.[7] Antaranya ialah: 1. Afghanistan 2. Albania 3. Algeria 4. Azerbaijan 5. Bahrain 6. Bangladesh 7. Benin 8. Brunei 9. Burkina Faso 10. Cameroon 11. Chad 12. Comoros 13. Guyana 14. Indonesia 15. Iran 16. Iraq 17. Jordan 18. Kazakhstan 19. Kuwait 20. Kyrgystan 21. Lebanon 22. Libya 23. Malaysia 24. Maldives 25. Pakistan 26. Palestine 27. Qatar 28. Saudi Arabia 29. Senegal 30. Sierra Leone 31. Somalia 32. Sudan 33. Suriname 34. Syria 35. Tajikistan 36. Togo 37. Cote d’ Ivoire 38. Djibouti 39. Egypt 40. Gabon 41. Gambia 42. Guinea 43. Guinea- Bissau 44. Mali 45. Mauritania 46. Morocco 47. Mozambique 48. Niger 49. Nigeria 50. Oman 51. Tunisia 52. Turkey 53. Turkmenistan 54. Uganda 55. UAE 56. Uzbekistan 57. Yemen Program OIC i. Tabung perpaduan Islam yang ditubuhkan selepas Persidangan Kemuncak Islam pada tahun 1974. ii. Pengajian Sejarah Tamadun Islam dan bahasa Arab. iii. Menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa di Malaysia. iv. Menubuhkan Universiti Islam di Nigeria. v. Simposium atau seminar antarabangsa seperti, Penerapan Syariah Islam di Islamabad pada tahun 1979, Islam dan Dasar Sosial Dalam Konteks Bentuk Baru Ekonomi Antarabangsa di Geneva pada tahun 1980, Islam dan Jurusalam di Paris pada tahun 1981, Kongres Islam Sedunia di Colombo pada tahun 1982. STRATEGI OIC i. Pembiayaan pelajaran, kebajikan, penerbitan dan sukan. ii. Pembiayaan pembinaan bangunan, membekalkan bahan bacaan dan alat pendidikan dan menubuhkan ‘fellowship’. iii. Bantuan kepada negara Islam Afrika yang menderita termasuk Chad, Gambia, Guinea, Mali, Maritania, Nigeria, Senegal dan Upper Volta. iv. Kerjasama menyediakan dan menghantar doktor dan petugas perubatan sukarela. v. Menumpukan kepada pembangunan kerohanian dan kebajikan khususnya belia Islam peringkat antarabangsa. vi. Menyokong aktiviti Bank Pembangunan Islam (IDB) dan menubuhkan IDB di Malaysia pada tahun 1995. vii. Bersepadu menyokong perjuangan rakyat Palestin. PERANAN MALAYSIA DALAM OIC i. Malaysia telah memainkan peranan aktif dalam usaha perantaraan bagi menyelesaikan konflik Iran-Iraq melalui OIC. Berikutan pengumuman gencatan senjata antara Iran-Iraq pada bulan Ogos 1988, sepasukan 15 pegawai tentera Malaysia telah menyertai pasukan tentera pemerhati PBB. ii. Malaysia memberi sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin dan pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Malaysia menjadi tuan rumah pada Persidangan Keserantauan Asia mengenai ‘Persoalan Palestin’ di Kuala Lumpur pada bulan Mei 1983. Dan menyokong hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, termasuk hak mereka untuk mempunyai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. iii. Malaysia juga menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul yang dibantu oleh tentera Rusia sejak tahun 1979. Malaysia telah membenarkan Mujahidin Afghanistan membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada tahun 1984. iv. Pembinaan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Selangor, telah membantu perkembangan pendidikan tinggi di kalangan negara- negara Islam. v. Mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia- Herzegovina vi. Menganjurkan Musabaqah al- Quran pada tiap- tiap tahun. vii. Mengadakan program Nida Ul Islam untuk mendakwah Islam ke seluruh dunia. viii. Memberi bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turki dan mangsa peperangan di Chechnya. 14.4 PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA BEKAS TANAH JAJAHAN BRITISH (KOMANWEL) Bendera Negara-Negara Komanwel Pertubuhan Komanwel merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh negara-negara bekas jajahan British yang telah merdeka. Komanwel telah ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1931 dan dinaungi oleh Ratu England. Pertubuhan ini adalah sebagai satu lambang pengaliran rangkaian persahabatan secara berkesan untuk mengekalkan tanah jajahan British sebagai sebuah negara yang masih bersatu bukan sahaja dengan Britain malah dengan tanah jajahan yang lain seperti Australia, New Zealand, Kanada, United Kingdom (Britain), India dan Sri Lanka. Negara-negara anggota Komanwel tersebar disetiap benua dan penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, bahasa dan kebudayaan. Malahan Komanwel menjelang abad ke-21 ini meliputi kira-kira suku daripada permukaan bumi dan penduduknya melebihi 1000 juta orang. Kini anggota Komanwel sudah mencatat 54 buah negara. Kebanyakan negara anggota Komanwel mempunyai persamaan dari segi politik, ekonomi, pentadbiran dan undang-undang. Pertubuhan Komanwel bukanlah sebuah persekutuan yang mempunyai Kerajaan Pusat. Ia tidak mempunyai sebarang ikatan sepertimana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan tidak mempunyai undang-undang bertulis tetapi hanya Perisytiharan Prinsip Komanwel yang telah diluluskan sebulat suara pada tahun 1971[8]. Pentadbiran Pertubuhan Komanwel telah dijalankan oleh sebuah sekretariat yang diketuai oleh Setiausaha Agung Komanwel. Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Komanwel sejak dari tahun 1957. Negara ini telah memperolehi banyak faedah menerusi penyertaannya dalam Komanwel terutamanya dalam bidang pertahanan, perdagangan dan pendidikan. Objektif Penubuhan KOMANWEL i. Memberi kemudahan dan faedah kepada negara anggota. ii. Mewujudkan hubungan diplomatik antara negara-negara anggota dan bukan anggota. iii. Untuk mewujudkan persahabatan diantara negara-negara bekas jajahan British suatu masa dahulu. PROGRAM KOMANWEL i. Kerjasama perdagangan, penyelidikan dan bantuan ekonomi dan sosial. ii. Persidangan speaker-speaker Komanwel pada tahun 1987. iii. Persidangan ketua-ketua Negara Komanwel pada tahun 1999 di Kuala Lumpur. iv. Rancangan Colombo-Program yang paling aktif yang mana ditubuhkan pada tahun v. 1950 selepas Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negara Komanwel di Colombo, Sri Lanka. vi. Rancangan Biasiswa dan Fellowship Komanwel. vii. Tabung Komanwel. viii. Kerjasama Teknik. ix. Isu Antartika sebagai “Warisan Bersama Dunia”. Strategi KOMANWEL i. Persidangan di kalangan menteri-menteri berbagai portfolio, ahli-ahli parlimen dan Speaker Parlimen. ii. Rancangan Colombo dilaksanakan untuk: a. membekal pakar-pakar latihan dan penyelidikan. b. menyediakan tempat latihan di universiti-universiti bagi yang memerlukan bantuan. c. menyediakan peralatan bagi penyelidikan dan bantuan. d. pembiayaan projek-projek pembangunan fizikal. e. bantuan kesihatan, pertanian dan pemasaran. f. penentangan terhadap “Isu Aparthied”. g. menjadikan isu Antartika sebagai agenda Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. iii. Melalui bidang ekonomi dan perdagangan, Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang diadakan di Vancouver, Kanada pada tahun 1987. iv. Malaysia diberi penghargaan untuk menjadi tuan rumah bagi sukan kedua terbesar pada tahun 1998 iaitu Sukan Komanwel.[9] MALAYSIA DALAM KOMANWEL i. Malaysia telah menyertai beberapa aktiviti Komanwel termasuk menjadi pengerusi jawatankuasa bagi menyemak semula peranan dan arah masa hadapan organisasi ini. ii. Malaysia juga pernah menjadi tuan rumah Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada tahun 1989. iii. Dua deklarasi diisytiharkan melalui persidangan tersebut iaitu Deklarasi Kuala Lumpur yang berkaitan dengan Dasar Apartheid dan Deklarasi Langkawi yang berkaitan dengan alam sekitar. iv. Melalui Deklarasi Kuala Lumpur, negara-negara Komanwel bertekad untuk memansuhkan Dasar Apartheid yang di Afrika Selatan yang telah di amalkan sejak 300 tahun dahulu. v. Di samping itu, Malaysia juga turut memberi kerjasama kepada Sekretariat Komanwel bagi merangka program kerjasama teknikal yang lengkap dan menyeluruh di bawah Tabung Komanwel bagi Kerjasama Teknik (CFTC). vi. Malaysia telah mempengerusikan Kumpulan Perundingan Komanwel mengenai Pengurusan Teknologi sejak penubuhannya pada tahun 1989. Pada tahun 1995 Malaysia telah mempengerusikan Gabungan Komanwel bagi Pengurusan Teknologi (CPTM). vii. Perdana Menteri Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mencadangkan supaya konsep perkongsian pintar yang diilhamkan oleh Malaysia dipraktikkan di kalangan negara-negara anggota Komanwel. viii. Hal ini kerana dalam konsep tersebut, semua pihak mendapat keuntungan. Konsep ini begitu popular dinegara selatan Afrika. ix. Malaysia juga melibatkan diri dalam sukan Komanwel pada tahun 1998 yang mana atlit-atlit dari seluruh Komanwel dan yang bertaraf dunia akan mengambil bahagian dalam sukan komanwel yang ke -16 di Malaysia. 14.5 PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM) Logo NAM PERGERAKAN BERKECUALI ATAU NAM IALAH SEBUAH ORGANISASI ANTARABANGSA YANG DISERTAI LEBIH 114 NEGARA YANG BERKECUALI (SEPERTI DI BAWAH ) DAN TIDAK MEMIHAK KEPADA MANA MANA BLOK KUASA. Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mula ditubuhkan sebaik sahaja 25 buah Negara-negara berkecuali beserta 3 buah negara pemerhati menghadiri persidangan pertama iaitu Persidangan Ketua-ketua Negara atau Kerajaan Negara-negara Berkecuali (NAM) di Belgrade, Yugoslavia bermula pada 1-6 September 1961[10]. Pergerakan ini diasaskan oleh Presiden Tito (Yugoslavian), Presiden Nasser (Egypt) dan Perdana Menteri Nehru (India) dan disokong sepenuhnya oleh Presiden Indonesia iaitu Soekarno dan Presiden Ghana iaitu Nkrumah. Dalam pada masa yang sama, Pergerakan ini terbentuk hasil daripada Perang Dingin (Cold War) yang berlaku pada lewat tahun 1940-an sehingga awal tahun 1990-an. Pergerakan Negara-negara Berkecuali (Non-Align Movement-NAM) ditubuhkan pada tahun 1961 di Belgrade, Yugoslavia. Pergerakan ini berpegang kepada prinsip berkecuali iaitu tidak memihak kepada mana-mana ideologi sama ada Blok Barat (demokrasi) atau Blok Timur (komunis). Prinsip tersebut menekankan betapa pentingnya sesebuah negara atau kuasa menghormati kemerdekaan dan kedaulatan negara lain. Pendirian memihak kepada mana-mana blok hanya akan mewujudkan suasana tegang yang boleh mencetuskan keadaan politik yang tidak stabil. Negara-negara berkecuali merujuk kepada negara-negara yang tidak memihak kepada mana-mana blok dunia sama ada Blok Barat (yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan disokong oleh Britain, Perancis dan negara-negara yang mengamalkan konsep demokrasi-kapitalis) atau pun Blok Komunis (yang diketuai oleh Rusia dan disokong oleh Negara China, Jerman Timur dan negara-negara yang mengamalkan konsep komunisme). Kedua-dua blok ini telah memperkuatkan tentera masing-masing dan mengadakan konfrontasi secara aman yang dikenali sebagai “Perang Dingin”. Sebagai langkah menyekat perkembangan komunisme, Amerika Syarikat telah membentuk Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) pada tahun 1955 yang ahlinya terdiri daripada Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Pakistan, Negara Thai dan Filipina. Kebanyakan negara di Asia dan Afrika yang merdeka dan sedang membangun tidak mahu terbabit dalam Perang Dingin itu dan tidak mahu menyertai SEATO. Negara-negara tersebut telah mengamalkan dasar berkecuali dan tidak mahu memihak kepada mana-mana pihak kerana tidak mahu terbabit dalam sebarang pertempuran antara kedua-dua blok tersebut. Secara kesimpulannya, Pertubuhan Negara-negara Berkecuali merujuk kepada negara-negara yang tidak memihak kepada mana-mana blok dunia, sama ada Blok Barat atau Blok Timur. Yang mana pergerakan ini sangat aktif dan bebas membuat keputusan atau dasar mengikut pandangan mereka dan sememangnya pergerakan ini menggalakkan kerjasama dalam semua bidang terutamanya bidang politik, ekonomi dan sosial dikalangan negara-negara membangun. TUJUAN PENUBUHAN NAM Tujuan penubuhan NAM setelah diisytiharkan dalam Pengisytiharan Havana 1979 ialah untuk memastikan kemerdekaan, kedaulatan, integriti dan keselamatan negara-negara berkecuali dalam memerangi imperialisme, kolonisme, neo-kolonisme, pemisahan bangsa, perkauman dan pencerobohan dari bangsa asing, pekerjaan dan dominasi terhadap kuasa serta kumpulan politik. <<>>Selain itu dalam laman web Jabatan Penerangan juga ada membincangkan tentang tujuan penubuhan NAM. Antara tujuannya ialah : i. Memupuk kerjasama yang erat di kalangan negara anggota. ii. Menjadi forum untuk negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu-isu semasa. iii. Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi. iv. Memperjuangkan hak dan kepentingan Negara-negara sedang membangun. v. Mengubah haluan perjuangan <<NAM>> daripada hal-hal politik kepada isu-isu ekonomi. vi. Meningkatkan muafakat dan kesepakatan di kalangan anggota <<NAM>> melalui rundingan. vii. Meninggikan keupayaan ekonomi dan daya saing <<NAM>> supaya pertubuhan ini dihormati. Secara kesimpulannya, daripada tujuan utama NAM yang dibincangkan telah melahirkan beberapa prinsip yang digunakan oleh negara-negara anggota NAM ini. Antaranya ialah: i. Menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan sesebuah negara. ii. Mengelakkan campur tangan dalam hal ehwal sesebuah negara. iii. Menyelesaikan segala perselisihan antarabangsa secara damai. iv. Menghormati hak asasi manusia Malaysia Sebagai Sebuah Negara Berkecuali Pada dasarnya, pergerakan ini diasaskan pada tahun 1955 dalam Persidangan Kemuncak Negara-negara Berkecuali di Bandung, Indonesia yang dihadiri oleh 25 buah negara dari Asia dan Afrika yang mengamalkan dasar berkecuali. Kini, pergerakan ini dianggotai oleh lebih 100 buah negara yang sebahagian besarnya terdiri daripada negara dunia ketiga yang terletak di Asia, Afrika dan Amerika Latin. NAM diasaskan di Bandung, Indonesia pada tahun 1955 walaupun istilah ‘berkecuali’ datangnya dari idea Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru dalam ucapannya di Colombo, Ceylon (Sri Lanka)[11]. Di Colombo, Nehru memperkenalkan 5 tonggak asas dalam menjalin hubungan antarabangsa di mana ia turut dikenali sebagai ‘Panchseel’ iaitu: i. Hormati kawasan ii. Saling tidak menceroboh antara Negara iii. Saling tidak mencampuri urusan hubungan tempatan iv. Mewujudkan saling kesamaan dan menguntungkan v. Mewujudkan keamanan Pada bulan April tahun berikutnya, satu persidangan telah diadakan di <<Bandung>> dan dinamakan Persidangan Bandung. Prinsipal ‘Panchseel’ telah mula diperkembangkan dan disinilah bermulanya pembentukan konsep pengecualian. Konsep ini menyarankan negara-negara anggota tidak terlibat dalam Konfrontasi Ideologi Timur-Barat semasa Perang Dingin. Secara tidak langsung negara-negara anggota akan berusaha untuk mencapai kemerdekaan, pembangunan ekonomi dan pembasmian kemiskinan. Malaysia mula menyertai Pergerakan Negara-negara Berkecuali pada tahun 1970. Penyertaan Malaysia ini dibuat berlandaskan beberapa faktor yang menjadi pegangan negara sejak merdeka iaitu: i. Menyelesaikan secara aman terhadap apa-apa pertikaian. ii. Menghormati keutuhan dan kedaulatan wilayah negara lain. iii. Mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman. iv. Tidak campur tangan dalam urusan negara lain, sama ada gerakan subversif atau lain-lain gerakan sekali pun. PERANAN MALAYSIA DALAM NAM Sejak menjadi anggota NAM, Malaysia telah memberi sumbangan yang besar dalam pertubuhan ini. Antaranya ialah: i. Memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan kerjasama antara negara sedang membangun dengan negara miskin melalui apa yang dikenali sebagai “Kerjasama Selatan-Selatan”. ii. Mempelopori perang penyalahgunaan dan pengedaran dadah di peringkat antarabangsa. iii. Memperjuangkan Isu Antartika sebagai hak warisan bersama manusia sejagat. iv. Berusaha dalam menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan. v. Mempertahankan pendirian pergerakan ini berhubung dengan isu-isu tertentu dalam sidang dan forum antarabangsa, termasuk persidangan PBB. Secara keseluruhannya, Malaysia telah memainkan peranan yang berkesan dalam Pergerakan Negara-negara Berkecuali sejak menganggotai pergerakan ini sejak tahun 1970. Sebagai pengiktirafan terhadap peranan dan komitmen Malaysia yang aktif dalam pergerakan tersebut, Malaysia telah dipilih menjadi Pengerusi NAM untuk tempoh tiga tahun iaitu dari tahun 2003 hingga tahun 2006[12]. Kesemua ini melambangkan pengiktirafan antarabangsa terhadap sumbangan Malaysia di peringkat global. Negara-Negara Anggota NAM Antara ahli-ahli NAM: Afghanistan | Algeria | Angola | Bahamas | Bahrain | Bangladesh | Barbados | Belarus | Belize | Benin | Bhutan | Bolivia | Botswana | Brunei | Burkina Faso | Burundi | Kemboja | Cameroon | Cape Verde | Republik Afrika Tengah | Chad | Chile | Colombia | Comoros | Côte d'Ivoire | Cuba | Republik Demokratik Congo | Republik Congo | Djibouti | Dominica | Ecuador | Mesir | Equatorial Guinea | Eritrea | Ethiopia | Gabon | Gambia | Ghana | Grenada | Guatemala | Guinea | Guinea-Bissau | Guyana | Honduras | India | Indonesia | Iran | Jamaika | Jordan | Kenya | Kuwait | Laos | Lubnan | Lesotho | Liberia | Libya | Madagascar | Malawi | Malaysia | Maldives | Mali | Mauritania | Mauritius | Mongolia | Maghribi | Mozambique | Myanmar | Namibia | Nepal | Nicaragua | Niger | Nigeria | Korea Utara | Oman | Pakistan | Palestin | Panama | Papua New Guinea | Peru | Filipina | Qatar | Rwanda | Saint Lucia | Saint Vincent dan the Grenadines | São Tomé dan Príncipe | Arab Saudi | Senegal | Seychelles | Sierra Leone | Singapura | Somalia | Afrika Selatan | Sri Lanka | Sudan | Suriname | Swaziland | Syria | Tanzania | Thailand | Timor Leste | Togo | Trinidad dan Tobago | Tunisia | Turkmenistan | Uganda | Amiriah Arab Bersatu | Uzbekistan | Vanuatu | Venezuela | Vietnam | Yaman | Zambia | Zimbabwe Negara-negara pemerhati: Antigua dan Barbuda | Armenia | Azerbaijan | Brazil | Republik Rakyat China | Costa Rica | Croatia | Cyprus | Dominica | El Salvador | Kazakhstan | Kyrgyzstan | Mexico | Serbia dan Montenegro | Ukraine | Uruguay Organisasi pemerhati: Kesatuan Afrika | Liga Arab | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 14.6 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 di San Francisco, Amerika Syarikat. Bilangan negara anggota PBB bertambah kepada 191 buah negara. Matlamat–matlamat utama PBB ialah: i. Mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia ii. Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang-bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan iii. Melindungi hak-hak asasi manusia tanpa mengira jaum,jantina atau agama. Antara program yang dilaksanakan oleh PBB ialah: i. Majlis Perhimpunan Agung ii. Keselamatan bagi menentukan dan memutuskan isu-isu keselamatan melalui kuasa veto. iii. Majlis Ekonomi dan Sosial PBB bagi meningkatkan taraf hidup. iv. Bantuan kecemasan kepada mangsa peperangan, terutama kanak-kanak. v. Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa. Strategi yang digunakan oleh PBB bagi mencapai matlamat yang telah digariskan ialah: i. Persidangan perwakilan negara anggota bagi menyelesaikan masalah pertikaian yang melibatkan negara-negara anggota. ii. Menyelesaikan sebarang isu atau pertelingkahan dunia. iii. Mengadili sebarang pertikaian antarabangsa. iv. Mengendalikan program PBB melalui agensi termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang-Orang Pelarian (UNHCR), Rancangan Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF). v. Khemah-khemah pelarian sebagai penempatan pelarian didirikan untuk berlindung, memperoleh makanan, pakaian dan perubatan. vi. Membantu pelarian Vietnam dan Kampuchea dan mendirikan penempatan sementara. Keahlian PBB terbuka kepada semua negara yang merdeka dengan syarat mereka bersetuju menerima Piagam PBB. Badan-badan PBB yang utama ialah: (1) Majlis Perhimpunan Agung (2) Majlis Keselamatan (3) Majlis Amanah (4) Majlis Ekonomi dan Sosial (5) Mahkamah Pengadilan Antarabangsa (6) Sekretariat Ketua PBB ialah Setiausaha Agung. Setiausaha Agung PBB yang pertama ialah Trygve Lie dari Norway. Keputusan Perhimpunan Agung mengenai perkara-perkara yang mustahak dibuat berasaskan sokongan 2/3 daripada ahli-ahli yang hadir. Keputusan mengenai perkara-perkara lain hanya memerlukan sokongan lebih suara. Persekutuan Tanah Melayu menyertai PBB pada tahun 1957 dan meneruskannya selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Malaysia merupakan penyokongnya yang kuat. Bagi menjamin dan memastikan peranan Malaysia yang aktif dalam PBB, Malaysia melalui Kementerian Luar Negara, khususnya melalui Jabatan Bahagian Politik Pelbagai Hala bertindak merumuskan pendirian dan peranan Malaysia di pertubuhan tersebut[13]. Selaku ahli PBB, Malaysia menyertai secara aktif dalam perbincangan PBB dengan menyuarakan pendirian mengenai pelbagai isu yang mempunyai kepentingan kepada Malaysia dan negara-negara membangun. Bukti komitmen Malaysia terhadap perkembangan dunia yang aman dan adil ialah penyertaan Malaysia dalam sembilan misi pengaman PBB seperti di Congo, Bosnia-Herzegovina, Angola, Timur Leste dan lain-lain. Selain itu, Malaysia juga telah dilantik untuk menganggotai Majlis Keselamatan PBB dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB. KESIMPULAN Pengenalan sesebuah dasar terutamanya dasar politik di Malaysia sesungguhnya telah memberi kesan ke atas sikap penduduk Malaysia, budaya kerja, mutu kerja dan kedudukan Malaysia di mata dunia melalui dasar luar Malaysia. Kesemua perkara ini boleh dikatakan telah memenuhi matlamat dan hasrat Wawasan 2020. Usaha kerajaan untuk membangunkan negara melalui usaha-usaha yang dijalankan tidak harus dipandang ringan memandangkan dengan adanya dasar inilah yang telah membentuk perpaduan negara, keamanan dan kekayaan negara kita yang dimiliki sekarang. RUJUKAN 1. Mardiana Nordin & Hasnah Hussin, Pengajian Malaysia, Selangor: Penerbit Fajar Bakti. 2. Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Maarof Redzuan & Asnarulkhadi Abu Samah, Kenegaraan Dan Kewarganegaraan, Pearson Hall Sdn Bhd. 3. Ranjit Singh Malhi (Dr), Pengajian Am: Kenegaraan Malaysia, TQM Consultants Sdn Bhd. 4. Ruslan Zainudin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman, Kenegaraan Malaysia, Selangor: Penerbit Fajar Bakti. 5. Wong Khek Seng, Raminah Hj. Sabran & Kok Meng Kee, Pengajian Am Kertas 1 & 2, Selangor: Penerbit Fajar Bakti. -------------------------------------------------------------------------------- [1] Mardiana Nordin& Hasnah Hussin, Pengajian Malaysia,Penerbit Fajar Bakti,Hal 251. [2] Ibid,Hal 252. [3] Ibid,Hal 252. [4] Ibid,Hal 252. [5] Ibid,Hal 253. [6] Ibid,Hal 254. [7] Dr. Ranjit Singh Malhi, Pengajian Am Kenegaraan Malaysia,TQM Consultants Sdn.Bhd, Hal 223. [8] Nazaruddin Hj. Mohd Jali,Maarof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Kenegaraan Dan Kewarganegaraan, Pearson Hall Sdn.Bhd Hal 347. [9] Ibid,Hal 348. [10] Wong Khek Seng, Raminah Hj. Sabran,Kok Meng Kee,Pengajian Am Kertas 1 &2,Penerbit Fajar Bakti Hal 341. [11] Ibid,Hal 341 [12] Ruslan Zainudin,Mohd Mahadee Ismail,Zaini Othman, Kenegaraan Malaysia,Penerbit Fajar Bakti,Hal 314. [13] Ibid,Hal 315. Posted by Unknown at 10:41 am 1 comment: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Older Posts Home Subscribe to: Posts (Atom) ABOUT ME Unknown View my complete profile CHATING PAGES * Home BLOG ARCHIVE * ▼ 2014 (16) * ▼ September (9) * BAB 15: DASAR POLITIK * BAB 14: DASAR SOSIAL * BAB 13: DASAR EKONOMI * BAB 12: MAJLIS AMANAH RAKYAT * BAB 11: SURUHANJAYA * BAB 10: KERAJAAN TEMPATAN * BAB 9: KEMENTERIAN * BAB 8 : STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN * BAB 7: PERLEMBAGAAN MALAYSIA * ► August (7) POPULAR POSTS * BAB 6: PEMBENTUKAN MALAYSIA PENGENALAN Malaysia yang wujud pada hari ini mempunyai sejarah pembentukan yang panjang lebar. Pada peringkat awal, ia dikenali sebaga... * BAB 7: PERLEMBAGAAN MALAYSIA PENGENALAN Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah... * BAB 10: KERAJAAN TEMPATAN PENGENALAN Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diwujudkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Antara tujuan ianya ditubuhkan ialah untuk me... * BAB 13: DASAR EKONOMI PENGENALAN Ekonomi negara Malaysia telah berkembang dengan pesatnya semenjak negara mencapai kemerdekaan. Keluaran dalam negara kasar ... * BAB 11: SURUHANJAYA PENGENALAN Pada bab ini, pelajar-pelajar akan diberi pendedahan mengenai Suruhanjaya di Malaysia yang merangkumi Suruhanjaya Tetap dan ... * BAB 9: KEMENTERIAN PENGENALAN Malaysia mengamalkan Sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen berlandaskan Perlembagaan Persekutun. Perlembagaan Persekutuan Ma... * BAB 12: MAJLIS AMANAH RAKYAT PENGENALAN Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan berkanun di bawah Akta MARA 1966. Objektif utama penubuhan... * BAB 2: BUDAYA PENGENALAN Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat dan budaya yang... * BAB 8 : STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PENGENALAN Sistem pentadbiran kerajaan Malaysia telah terbentuk sejak zaman Pra sejarah. Pada masa ini, segala aspek pemerintahan dan p... * BAB 1: MASYARAKAT PENGENALAN Pada tahun 1948, seorang pakar antropologi yang bernama J.S. Furnival pernah menulis dan menghuraikan pandangan beliau ... TERIMA KASIH. ANDA PENGUNJUNG KE Simple theme. Powered by Blogger. Diese Website verwendet Cookies von Google, um Dienste anzubieten und Zugriffe zu analysieren. Deine IP-Adresse und dein User-Agent werden zusammen mit Messwerten zur Leistung und Sicherheit für Google freigegeben. So können Nutzungsstatistiken generiert, Missbrauchsfälle erkannt und behoben und die Qualität des Dienstes gewährleistet werden.Weitere InformationenOk