mysejahtera.malaysia.gov.my Open in urlscan Pro
79.133.177.217  Public Scan

URL: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/
Submission: On December 20 via manual — Scanned from DE

Form analysis 0 forms found in the DOM

Text Content

MYSEJAHTERA

 * Laman Utama
 * Perkhidmatan
   * MySejahtera Check-In
   * MySejahtera Traveller
 * Media
 * Muat Turun
 * Soalan Lazim
 * Hubungi Kami
 * BM | EN

BM | EN


MYSEJAHTERA

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk
membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan
membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang
sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal
untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Daftar MySejahtera



APLIKASI MYSEJAHTERA MEMBERIKAN KEMUDAHAN UNTUK:

Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani
wabak COVID-19
Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan
wabak COVID-19
Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil
jika dijangkiti COVID-19
Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan
pemeriksaan dan rawatan COVID-19



PROGRAM ePENJANA

Program ePENJANA adalah satu inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
(PENJANA), yang bertujuan untuk menggalakkan perbelanjaan pengguna. Ia juga
bertujuan untuk menggalakkan amalan keselamatan melalui pembayaran tanpa sentuh
dan membantu pihak kesihatan awam menjalankan pengesanan kontak rapat untuk
mengawasi penularan COVID-19 melalui penggunaan aplikasi MySejahtera.

Setiap pemohon mesti muat turun, berdaftar dan menggunakan aplikasi Mysejahtera
untuk membantu Kerajaan mengurus penularan COVID-19. Sila kemaskini maklumat
peribadi dan pastikan nama dan nombor kad pengenalan anda adalah betul.

Pengguna boleh memohon bantuan ePENJANA melalui tiga e-Wallet terkemuka, sama
ada Boost, GrabPay atau Touch ‘n Go eWallet. Untuk maklumat lebih lanjut, klik
pautan berikut:

Maklumat Lanjut


APLIKASI

MySejahtera Check-In


APA ITU MYSEJAHTERA CHECK-IN

MySejahtera Check-In adalah satu fungsi tambahan dalam aplikasi MySejahtera di
mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP
Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan
wabak COVID-19 di Malaysia.



Pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan
awam dan lain-lain, bagi mendapat dan memaparkan Kod QR MySejahtera. Pengguna
MySejahtera pula boleh menggunakan Pengimbas Kod QR MySejahtera yang terkandung
dalam aplikasi tersebut untuk mengimbas Kod QR yang dipaparkan.

Daftar MySejahtera Check-In
Login MySejahtera Check-In


PENGIMBAS KOD QR MYSEJAHTERA

MySejahtera Check-In menggunakan maklumat dari aplikasi mudah alih MySejahtera
di mana pengguna diklasifikasi berdasarkan status risiko terhadap COVID-19,
lokasi dan tanggungan yang berisiko di rumah. Ini dapat membantu majikan membuat
pelan perancangan bagi kakitangan yang perlu bekerja dari rumah.

Imbas Kod QR menggunakan Pengimbas Kod QR Aplikasi MySejahtera
Pengesahan dibenarkan masuk ke premis


MEDIA

Galeri Video



Galeri Foto




MUAT TURUN

Muat turun sekarang






KERJASAMA STRATEGIK



Dasar Privasi | Penafian

© 2021 Kerajaan Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara
 * Laman Utama
 * Perkhidmatan
   * MySejahtera Check-In
   * MySejahtera Traveller
 * Media
 * Muat Turun
 * Soalan Lazim
 * Hubungi Kami
 * BM | EN