zonfiniti.blogspot.com Open in urlscan Pro
2607:f8b0:4006:816::2001  Public Scan

URL: http://zonfiniti.blogspot.com/
Submission: On March 12 via api from US — Scanned from US

Form analysis 1 forms found in the DOM

POST http://feedburner.google.com/fb/a/mailverify

<form style="border:1px solid #ccc;padding:3px;text-align:center;" action="http://feedburner.google.com/fb/a/mailverify" method="post" target="popupwindow"
  onsubmit="window.open('http://feedburner.google.com/fb/a/mailverify?uri=Zonfiniti', 'popupwindow', 'scrollbars=yes,width=550,height=520');return true">
  <p>Enter your email address:</p>
  <p><input type="text" style="width:140px" name="email"></p><input type="hidden" value="Zonfiniti" name="uri"><input type="hidden" name="loc" value="en_US"><input type="submit" value="Subscribe">
  <p>Delivered by <a href="http://feedburner.google.com" target="_blank">FeedBurner</a></p>
</form>

Text Content

ZONFINITI

isu semasa di Malaysia, hiburan, cerita menarik, isu sosial, artikel, aktiviti ,
agama, pendidikan.



 * Home
 * Isu Semasa
 * Ragam
 * Lawak
 * Hiburan
 * Privacy Policy
 * Disclaimer
 * Contact
 * Chatroom





MATI PUCUK (ED) DAN PEMBESARAN KELENJAR PROSTAT

Friday, October 09, 2015 0 Komen

Mati pucuk (ED) dan pembesaran kelenjar prostat  

Mati pucuk (ED) adalah penyakit kelamin yang sinonim dengan lelaki dan paling
ditakuti. Namun sikap ego, malu serta salah anggap mengenai penyakit berkenaan
membuatkan ramai golongan lelaki semakin mengabaikan dan mengelak daripada
menjalani rawatan.

Keadaan ini ditakrifkan sebagai masalah perubatan serius yang memerlukan
perhatian dan rawatan segera. Walaupun punca asas ED mula muncul seiring
peningkatan usia, ED sebenarnya bukan disebabkan masalah penuaan semata-mata.

Sejak kebelakangan ini, ED dan pembesaran kelenjar prostat (BPH) sering menjadi
tajuk utama dalam penyelidikan kesihatan sakit tuan.

Hasil penyelidikan dan kajian ini membuktikan hubung kait antara kedua-dua
penyakit ini di mana ED sering muncul bersama BPH. Gabungan fenomena ini dengan
mereka yang meningkat usia menimbulkan keperluan untuk mendapatkan rawatan yang
lebih berkesan bagi meningkatkan kualiti hidup bagi lelaki berusia yang
mengalami penyakit ini.

Presiden Persatuan Urologi Malaysia, Dr Teh Guan Chou berkata, hasil kajian
dalam bidang sakit tuan dan ketidakupayaan seksual, mereka lebih memahami
kesinambungan yang timbul antara ED dengan BPH.

“Apabila usia lelaki semakin meningkat, mereka akan lebih cenderung untuk
mengalami simptom Saluran Kencing Bawah (LUTS). Dalam sesetengah pesakit,
simptom LUTS ini disebabkan oleh BPH.

“Disebabkan itu, adalah amat penting untuk kita menitikberatkan simptom LUTS
yang diakibatkan oleh BPH dalam kalangan pesakit yang muncul dengan penyakit ED
serta BPH.

“Kini dengan adanya ubat baru sedia ada di pasaran Malaysia, penyakit ED dan BPH
menjadi lebih mudah dan sesuai digunakan sebagai rawatan peringkat awal,”
katanya ketika melancarkan ubat baru CIALIS (tadalafil) lima miligram (5mg)
Tablet Bersalut Filem di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Penyakit ED menyerang 22.2 peratus lelaki di Malaysia yang berumur 50 tahun ke
atas. Risiko untuk mendapat penyakit berkenaan akan naik sekali ganda bagi
lelaki dalam lingkungan umur 60 tahun hingga 69 tahun.

Angka ini dijangka meningkat 79.5 peratus bagi lelaki berusia 70 tahun ke atas.
Manakala seramai 50 peratus lelaki di negara ini yang berusia lebih 60 tahun
akan menghidap BPH.

Peratusan ini dijangka meningkat seiring dengan usia pesakit. Kedua-dua penyakit
ini juga mempengaruhi semua lelaki tanpa mengira kaum.

Perunding Urologi Hopital Gleneagles, Dr George Lee Eng Geap pula berkata,
meskipun ED dan BPH adalah penyakit lazim, golongan lelaki masih ragu untuk
mendapatkan rawatan awal.

“Ini mungkin disebabkan pelbagai faktor termasuk pengaruh budaya serta salah
faham umum terhadap penyakit ini. Selain itu, ada juga golongan lelaki
berpendapat bahawa keadaan ED serta BPH bukanlah satu penyakit.

“Oleh itu, kami sentiasa membantu pesakit serta menasihati mereka supaya
mendapatkan rawatan lebih awal,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Lilly Malaysia, Dr Faiz Ansari, berkata kelulusan
yang diperoleh pihaknya untuk memasarkan ubat berkenaan di negara ini
membuktikan kesungguhan dalam menawarkan rawatan dan penyelesaian baharu bagi
rawatan sakit tuan.

“CIALIS (tadalafil) 5mg ini adalah inovasi baharu bagi dunia rawatan sakit tuan
terutama sekali bagi penghidap ED dan BPH. Kami gembira kerana berjaya membawa
inovasi ini ke pasaran

Malaysia, di samping mengukuhkan usaha menyokong doktor dalam memberikan rawatan
terbaik bagi pesakit mereka,” katanya pada sidang media pelancaran ubat
berkenaan baru-baru ini.

Hasil ujian klinikal keberkesanan dan keselamatan CIALIS (tadalafil) 5mg
membuktikan pengambilan ubat ini sekali sehari membawa kepada hasil yang positif
bagi pesakit ED dan BPH.

CIALIS (tadalafil) 5mg berfungsi sebagai perencat enzim phosphodiesterase
jenis-5 (PDE-5) bertindak mengembalikan daya tenang vaskular dan melancarkan
peredaran darah di sekitar organ serta otot berkenaan.

Selain itu, ia juga membawa perubahan ketara dalam pembaikan markah Indeks
Antarabangsa bagi Fungsi-Ereksi-Fungsi-Utama (IIEF-EF). Perubahan itu juga boleh
dilihat pada catatan Markah Simptom Prostat Antarabangsa (IPSS) yang menilai
fungsi seksual dan gejala BPH.

Oleh Hidayatul Akmal Ahmad
HMetro









Categories Kesihatan


Older Posts

Subscribe to: Posts (Atom)
Rahsia Rumah Lelong - Pendapatan Lumayan Dengan Rumah Lelong

Buat Duit dengan Affiliate - Kitab Teknik SEO Merah Jambu




ENTRI TERKINI





LAWAK JENAKA



 


BLOG ARCHIVE

 * ▼  2015 (297)
   * ▼  October (1)
     * Mati pucuk (ED) dan pembesaran kelenjar prostat
   * ►  July (3)
   * ►  June (1)
   * ►  May (5)
   * ►  April (3)
   * ►  March (50)
   * ►  February (68)
   * ►  January (166)

 * ►  2014 (341)
   * ►  December (56)
   * ►  November (2)
   * ►  October (8)
   * ►  September (6)
   * ►  August (3)
   * ►  July (10)
   * ►  June (21)
   * ►  May (27)
   * ►  April (52)
   * ►  March (87)
   * ►  February (34)
   * ►  January (35)

 * ►  2013 (618)
   * ►  December (74)
   * ►  November (114)
   * ►  October (101)
   * ►  September (45)
   * ►  August (19)
   * ►  July (40)
   * ►  June (35)
   * ►  May (35)
   * ►  April (28)
   * ►  March (45)
   * ►  February (49)
   * ►  January (33)

 * ►  2012 (440)
   * ►  December (33)
   * ►  November (40)
   * ►  October (14)
   * ►  September (29)
   * ►  August (38)
   * ►  July (38)
   * ►  June (67)
   * ►  May (76)
   * ►  April (17)
   * ►  March (53)
   * ►  February (22)
   * ►  January (13)

 * ►  2011 (1122)
   * ►  December (84)
   * ►  November (89)
   * ►  October (39)
   * ►  September (76)
   * ►  August (130)
   * ►  July (90)
   * ►  June (131)
   * ►  May (84)
   * ►  April (86)
   * ►  March (129)
   * ►  February (114)
   * ►  January (70)

 * ►  2010 (1589)
   * ►  December (146)
   * ►  November (115)
   * ►  October (157)
   * ►  September (85)
   * ►  August (223)
   * ►  July (100)
   * ►  June (69)
   * ►  May (205)
   * ►  April (166)
   * ►  March (78)
   * ►  February (145)
   * ►  January (100)

 * ►  2009 (2198)
   * ►  December (147)
   * ►  November (175)
   * ►  October (96)
   * ►  September (300)
   * ►  August (814)
   * ►  July (231)
   * ►  June (31)
   * ►  May (64)
   * ►  April (59)
   * ►  March (70)
   * ►  February (125)
   * ►  January (86)

 * ►  2008 (2891)
   * ►  December (134)
   * ►  November (317)
   * ►  October (224)
   * ►  September (751)
   * ►  August (894)
   * ►  July (487)
   * ►  June (7)
   * ►  May (10)
   * ►  April (7)
   * ►  March (13)
   * ►  February (16)
   * ►  January (31)




LANGGAN RSS

Enter your email address:



Delivered by FeedBurner






LABEL

Agama Artikel Biodata Budaya Filem dan Drama Gambar Hiburan Internet Isu Semasa
Kajian Keluarga Kesihatan Kisah Lawak Lirik Lagu Misteri Panduan Pelik Tapi
Benar Pengetahuan Am Ragam Manusia Sinopsis Sukan Teknologi



VISITORS



Feedjit Live Blog Stats



POPULAR POSTS

 * Lirik Selamat Tinggal Ferhad
   Selamat Tinggal Ferhad Lirik Dan memang susah untukku pergi Setelah bersama
   Dan cintaku kepadamu Tetap akan ku genggam Tapi saatnya telah ti...
   
 * Lirik Lagu Bayangkanlah -Hunny Madu
   Lirik Lagu Bayangkanlah -Hunny Madu Bayangkanlah dunia Musim yang tak menentu
   Apakah kita dianiaya, Sukar untuk ku lihat Pagi yang terus ke ...
   
 * Syura dalam organisasi Islam
   Syura dalam organisasi Islam Menghormati pandangan orang lain dalam mesyuarat
   adalah dituntut dalam agama kerana ia mampu membawa hasil ya...
   
 * Hooray Raya - Aizat Lirik
   Lirik Lagu Hooray Raya - Aizat Hati ini mengira Detik ku tinggal segala... di
   kota Telah lama ku tiada Kini kembali semula... di desa Chorus...
   
 * Avu Band - Sujudku Lirik
   Avu Band - Sujudku Lirik Alhamdulillah ku syukuri nikmatMu Ya Allah Ya Rabii
   Ampunilah kami dari segala dosa Yang pernah kami perbuat di dun...
   
 * Kisah Dari Mekah: Makin kuat merokok di Baitullah
   Ketagihan menjadi-jadi di Baitullah Sikap ego Nasir (bukan nama sebenar) yang
   tidak pernah mengendahkan teguran orang ramai terhadap tabiat...
   
 * Lirik Lagu Pesan Nenek - PureVibracion
   Lirik Lagu Pesan Nenek - PureVibracion Rambut pendek disisir rapi Rambut
   panjang tersimpul mati Pedihkah mata dan hati Melihat diriku begini...
   
 * Lirik Lagu Dinda - Mahkota Band
   Lirik Lagu Dinda - Mahkota Band Dinda ku ingin bertemu Meski tak tahu engkau
   di mana Di sini ku dingin tanpamu Dinda dengar Aku merindukan d...
   
 * Farah - Cinta Ini Lirik
   Lirik Lagu Farah - Cinta Ini Cinta datangnya tak berancang Satu kejutan manis
   tiada ku duga Kala ku sangka cinta hanya Satu dongengan lama s...
   
 * Kem Remaja Ramadan sempena Festival Ramadan 2013
   Kem Remaja Ramadan sempena Festival Ramadan 2013 Jabatan Kebudayaan dan
   Kesenian Negara (JKKN) akan menganjurkan Festival Ramadan 2013 p...
   






--------------------------------------------------------------------------------



Follow this blog


24,553,117

[close]

Sitemap: Home | Contact | Disclaimer | Privacy Policy



ZONFINITI