al-islammillatuna.blogspot.com Open in urlscan Pro
2607:f8b0:4004:c17::84  Public Scan

URL: https://al-islammillatuna.blogspot.com/
Submission: On September 21 via api from US — Scanned from US

Form analysis 1 forms found in the DOM

POST http://www.facebook.com/ajax/ufi/modify.php

<form action="http://www.facebook.com/ajax/ufi/modify.php" class="live_357806654289064_131325686911214 commentable_item autoexpand_mode" data-live="{&quot;seq&quot;:734822}" id="ub8w4u_15" method="post" rel="async"
  style="margin-bottom: 0px; margin-left: 0px; margin-right: 0px; margin-top: 0px; padding-bottom: 0px; padding-left: 0px; padding-right: 0px; padding-top: 0px;">
  <span style="color: #6d84b4; font-family: Arial; font-size: x-small;"><br></span>
</form>

Text Content

 * 3i iman:islam:ihsan (5)
 * Akhir Zaman (6)
 * Bahasa Santai (1)
 * Hasil Kuliah (2)
 * Musalsal (6)
 * Perjalanan kehidupan (15)
 * Renungan bersama (15)




.::MONOLOG HATI TERTULIS::.

~~Adalah lebih baik kita tahu apa yang kita tidak tahu, daripada kita tidak tahu
apa yang kita sendiri tidak tahu. Lagilah parah kalau kita tidak tahu kemudian
berpura-pura tahu jika nak dibandingkan dengan kita tahu tapi pura-pura tidak
tahu..~~✿(◕‿-)✿673





KHAMIS, 22 OGOS 2013


KEMBARA 40 : SAYANGKAN SESUATU BIAR BERKADARAN




[22 Ogos 2013, Khamis]


Sayangkan sesuatu itu biar berkadaran. Agar kelak, perginya tidak diratapi. 


Kekecohan yang berlaku akibat rampasan kuasa oleh tentera abd. Fattah As-sisi
bermulanya pergulingan pada 3 Julai yang lalu.
Kini, sana sini sekatan jalan raya dan juga kuatkuasa perintah berkurung bermula
jam 7 malam sehingga 6 pagi.
Dan aku hari ini, niat ke suatu tempat El-Marg bagi menziarahi teman Arab Misry
menjadikan perjalanan hari ini “HITAM”.

AKU, Van pendek berwarna putih, 5 orang arab Misry & pergelutan. Hari ‘hitam’
yang menyelubungi dengan rasa hiba, pasrah dan bertawakkal kepada Allah.
Pisau pendek usah dikata, diacu dengan aku berasa ketakutan. Malang tanpa
berbau, cermin mata, Samsung galaxy s II, buku israilliyat moden, buku tulis,
kerneh kuliah, kad EME, passport dan duit sekitar LE80 menjadi buruan mereka
berlima. Rakus! Beg selimpang Azhar kepunyaan Helmi yang dipinjam, putus
dipotong.

# Terkenang detik rumah sewa dipecah masuk kali pertama, laptop vaio putih
sempat bersama hanya 6 bulan.
# Hari ini, perginya Galaxy S II belum cukup tempoh setahun hanya 9 bulan telah
pergi dipinjam mereka berlima.

Ujian menimpa satu persatu. Sudah jatuh ditimpa tangga. Khabar natijah yang
ditangguh kejayaannya, kemudian peristiwa hari ini datang menerpa. Apa jua ujian
yang diberikan, harus kuat. Allah tahu tahap kemampuan hamba-hambanya dalam
menerima ujian yang diberikan olehNya.

Patah tumbuh, Hilang berganti.

قال  الشيخ الشعراوي:

إذا أخذ الله منك ما لم تتوقع ضياعه، فسوف يعطيك ما لم تتوقع تملكه.

"Jika Allah mengambil dari kamu sesuatu yang kamu tak duga dengan kehilangan
(sesuatu benda) , maka Allah akan berikan kepada kamu sesuatu yang kamu tak duga
untuk kamu memilikinya."

اللهم اجعلنا من النعماء من الشاكــــــــــــرين ، و عند البلاء من الصابرين ، و
لك في جميع أمورنا ذاكــــــرين.

حسبي الله و نعم الوكيل..

Dicatat oleh sang pencinta ilmu di 1:14 PTG 0 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Perjalanan kehidupan



KEMBARA 39 : VARIASI KEHIDUPAN









 Seiring berjalannya waktu aku lebih mengenal apa itu erti kehidupan. Kehidupan
tak akan bermakna tanpa adanya suka dan duka yang silih berganti. Ketika kita
sedang menghadapi suka terkadang kita lupa segalanya, terasa kita adalah
penguasa dunia. Tetapi disaat kita menghadapi duka, kita selalu merasa kitalah
orang yang paling menderita. Suka dan duka adalah variasi kehidupan yang akan
membuat kitamenjadi lebih dewasa. Suka dan duka adalah ujian dari Dia Sang
Pencipta.

        Di saat kita suka, kita harus sedar bahawa kita ini tak selamanya akan
merasakan ini semua, duka pasti akan datang entah itu bila masanya. Saat kita
suka kita harus kongsikan dengan orang-orang di sekitar kita, kita harus
beryukur atas semuanya.

        Tatkala suka itu berganti duka, jangan pula kita merasa putus asa, kita
harus rasa senang. Kita sedang diuji dan nantinya duka itu akan berganti suka.
Percaturan Allah itu begitu indah. Kita juga harus tetap bersyukur atas ujian
yang kita alami. Masih banyak orang disekitar kita yang lebih menderita. Kita
harus tetap semangat menjalani kehidupan ini. Allah tahu sejauh mana kemampuan
kita dalam berhadapan dengan ujian yang diberikan. Usah mengeluh dan bersedih..

        Hakikatnya suka dan duka adalah ujian kehidupan. Kita manusia hanya
mampu menjalani kehidupan ini dengan selalu berusaha, bersabar dan berdoa. Semua
pasti ada hikmahnya di balik semua suka duka yang kita alami. Janganlah lupa
selalu bersyukur atas apa yang Allah berikan pasti semuanya akan terasa indah.


[EDITED]

Dicatat oleh sang pencinta ilmu di 12:06 PTG 0 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Perjalanan kehidupan, Renungan bersama



RABU, 15 MEI 2013


KEMBARA 38 : KISAH MA'IZ BIN MALIK


| Kisah Ma'iz bin Malik |

Sahabat Nabi SAW yang tidak segan-segan untuk minta ditegakkan hudud (rejam ke
atas dirinya yang telah melakukan zina) agar dengan cara ini dapat membersihkan
dosa-dosanya lalu segera kembali kepada Allah dengan segera bertaubat.

Dari sunan Nasa'ie dan Abu Daud dan Ahmad daripada hadis Naa'im b. Hazal
berkata:  Ma'iz telah melakukan seuatu perkara yang keji dengan seorang jariyah,
maka dia telah datang menemui seseorang (iaitu Hazal) lalu berkata: Sesungguhnya
aku telah melakukan perkara yang keji, apa yang patut aku lakukan? berkata
Hazal: Datanglah kepada Rasulullah dan beritahulah kepada baginda SAW terhadap
apa yang telah kau lakukan. Moga-moga baginda memaafkan kamu -dengan harapan
cara ini akan menjadi jalan keluar di atas perbuatannya-.

Baginda SAW telah mengetahui khabar ini dan berasa marah. Bilamana Ma'iz pergi
menemui baginda SAW dengan segera, lalu baginda bertanya: Adakah benar apa yang
telah sampai kepadaku tentang diri kau? Ma'iz berkata: Dan apakah yang telah
sampai berita kepada kau mengenai aku? Berkata (baginda): adakah kau telah
melakukan zina dengan seorang jariah? Ma'iz berkata: Ya, dan aku mahu kau (nabi)
laksanakan had (hukuman) yang telah disyaria'atkan agar kau berkenan
membersihkan diriku.

Lantas baginda SAW berpaling menolak pengakuannya dan beredar sambil berkata:
baliklah! Sampailah keesokkan harinya, dia datang lagi kepada baginda sambil
berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah berzina.” Namun baginda tetap
menolak pengakuannya buat yang kedua kalinya. Sehinggalah Ma'iz tidak putus asa
untuk bertemu dengan baginda agar baginda menerima pengakuaannya buat kali yang
ke-4.

Lalu baginda pun bertanya kepadanya: kau lakukan dengan siapa? berkata: dengan
si fulanah. bertanya baginda: adakah kau berjimak dengannya? menjawab: Ya.
bertanya lagi: adakah kau menggaulinya? menjawab: Ya.

Sebelum persoalan ini diaantara baginda dan Ma'iz, baginda berkata: mungkin kau
sekadar bercumbuan sahaja dan mungkin juga kau bersentuh-sentuhan
saja..(menunjukkan beratnya hati nabi untu menerima sahabatnya melakukkan
perkara keji dan dilaksankan hudud (rejam) ke atas diri Ma'iz)

Bilamana nabi telah mendapatkan kepastian terhadap perlakuaan zina itu, baginda
bertanya: adakah kau ni gila? menjawab Ma'iz: tak ya Rasulullah. Berkata lagi:
Kau berzina dengan orang yang sudah berkahwin? menjawab Ma'iz: ya. lalu baginda
menuju kepada kaumnya untuk bertanya tentang keadaan Ma'iz. “Apakah kalian tahu
bahwa pada akalnya Ma’iz ada sesuatu yang tidak  kena dan bermasalah?” mereka
menjawab, “Kami tidak yakin jika Ma’iz terganggu fikirannya, setahu kami dia
adalah orang yang baik dan masih sehat akalnya.” Maka nabi SAW pun mengarahkan:
pergilah kamu semua bersama-sama dengan Ma'iz ke Baqi' untuyk dijalankan rejaman
dengan batu ke atas Ma'iz.

Sewaktu Ma'iz merasa sakit dengan rejaman batu itu, dia cuba keluar dan
melarikan diri di atas kesakitan tersebut, tetapi sebahagian sahabat kejar untuk
mendapatkan Ma'iz bagi meneruskan rejaman sehinggalah dia mati. Berita ini telah
sampai dalam pengetahuan baginda, lalu berkata: tidakkah kau membiarkan Ma'iz
melarikan diri, moga-moga dia bertaubat.

Kemudian baginda berkata kepada Hazal: Demi Allah ya Hazal, Kalau kau
menyembunyikan dalam pengetahuan kau, itu adalah lebih baik terhadap apa yang
kau telah cadangkan kepadanya (Ma'iz) untuk bertemu denganku mengakui kepadaku.

Pada waktu itu, terdapatlah 2puak, yang pertama berkata: binasalah Maiz dengan
dengan kesalahan yang dia lakukan. Puak kedua berkata: Tiada Taubat yang lebih
afdhal daripada taubat Ma'iz. Sesungguhnya Ma'iz telah datang kepada nabi SAW
dan meletakkan tangannya ke atas tangan baginda SAW sambil berkata: Kau bunuhlah
aku dengan rejaman batu.

Berlalulah hari, nabi SAW  telah datangi kepada mereka sedang mereka semuanya
dalam keadaan duduk. Maka baginda membri salam dan terus duduk Baginda berkata:
Pintalan keampunan bagi Ma'iz b Malik. Maka mereka berkata: Semoga Allah
mengampuni Ma'iz. Baginda berkata: Sesungguhnya Mai'z telah bertaubat (ketika
datang menemui Rasulullah ketika meletakkan tangannya ke atas tangan baginda
SAW) dengan sebanar-benar taubat. Kalaulah dibahagi-bahagikan taubat yang
dipinta Mai'z itu kepada semua umat, pasti taubat itu meliputi semua umat.

Dicatat oleh sang pencinta ilmu di 8:58 PG 0 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: 3i iman:islam:ihsan, Renungan bersama



JUMAAT, 7 SEPTEMBER 2012


KEMBARA 37 : PENYAKIT AL-WAHN (CINTAKAN DUNIA DAN TAKUTKAN MATI)


Penyakit AL-WAHN (Cintakan dunia dan takutkan mati) 


Gambar hiasan


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (
يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى
قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ
يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغ

ُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ
مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا
رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ)

“Begitu hampir waktunya orang-orang kafir saling menyeru untuk menyerang kamu
semua dari segala penjuru sebagaimana orang-orang lapar mengerumuni dulang
berisi makanan.”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah pada ketika itu bilangan kami
sedikit?”

Nabi menjawab, “Tidak, sebaliknya pada ketika itu bilangan kamu amat ramai,
tetapi kamu seperti buih-buih di air laut. Sesungguhnya Allah akan mencabut rasa
takut dari hati musuh-musuh kamu terhadap kamu. Dan Allah mencampakkan dalam
hati kamu al-Wahn.”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan al-Wahn?”

Rasulullah menjawab, “Cintakan dunia dan takutkan mati.”
|H.R Abu Daud|

===================================================================

Baginda s.a.w telah bersabda bahawa Allah akan mencampakkan dalam diri manusia
itu penyakit "AL-WAHN". Sesungguhnya manusia itu tidak akan boleh lari daripada
penyakit AL-WAHN tersebut melainkan kita terus berdoa kepada-Nya agar dijauhi.

■ Syahid (petunjuk) daripada hadis yang menerangkan, sungguh dan pastinya Allah
akan mencampakkan penyakit WAHN itu pada kalimah " وَلَيَقْذِفَنَّ".

Menurut kaedah bahasa arab dalam urutan memperkukuhkan sesuatu kalam itu apabila
ianya ditambahi "nun tawkid tsaqilah". Jelas ia akan menjadi يَقْذِفَنَّ yang
bermaksud "sungguh dicampakkan", itu adalah tingkatan kedua untuk memperkukuhkan
kalam selepas "nun tawkid khafifah". Dan bilamana ditambahi dengan "lam" ia
menjadikan tingkatan tertinggi dalam menguatkan dan memperkukuhkan sesuatu kalam
" وَلَيَقْذِفَنَّ" yang bermaksud "sungguh dan pasti dicampakkan".

■"Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di
jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan
dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada
perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah
s.w.t.

Kita berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan nushrah-Nya kepada kaum muslimin dan
memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah.

■ Doa untuk dijauhi daripada penyakit WAHN.

اللــهم مَتِّــعْــنَا بِـأَسْــمَاعِــنَا و أَبْـصَارِنَا وَقُــوَّتِــنَا مَـا
أَحْيَيْــتَـنَا وَ اجـعَلَــهُ الـوَارِثَ مِـــنَّا وَاجــعَل ثَــأْرَنَـا على
مَـن ظَــلَـمَـنَا وَانـصُرنَا على مَـن عَـتادَانَا ولا تَــجْـعَلْ
مُـصِيْبَـتَـنَا في دِيـنِـنَا ولا تَــجعَـلِ الــدُّنْـيَا
أَكْــبَـرَهَـمِّـنَا ولا مَـبْلَـغَ عِلْمْــنَا ولا تُسَلِّـطْ عَـلَــيْنَا مَن
لا يَـــرْحَـمُـنَا.

(Doa ini terdapat pada sebahagian doa khatam al-Quran)~~✿(◠‿◠) & (◕‿-)✿

| Sekadar perkongsian dan sedia menerima teguran sekiranya terdapat kesalahan |

Dicatat oleh sang pencinta ilmu di 10:02 PG 2 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: 3i iman:islam:ihsan, Akhir Zaman, Perjalanan kehidupan, Renungan bersama



KEMBARA 36 : BAGAIMANA MENGURUS KEMARAHAN??





~~Bagaimana mengurus kemarahan??

Marah merupakan pintu paling besar diantara pintu kemasukan yang lain bagi
syaitan untuk masuk ke dalam diri manusia. Rasulullah juga pernah marah, akan
tetapi kemarahan baginda kerana Allah. Tiada pun kem

arahan baginda kerana nafsu.

■ Sifat marah Nabi:
-Muka baginda kemerahan, jelas kelihatan peluh. Akan tetapi tak pernah marahnya
baginda itu melainkan kerana yang HAK.

■ Bagaimana memadamkan batu kemarahan?? :
-Baginda bersabda,"Sesungguhnya kemarahan itu batuan daripada neraka.Dan
sesungguhnya kemarahan itu adalah daripada syaitan, dan syaitan itu daripada
api. dan sesungguhnya, tidak akan terpadamnya api melainkan dengan
air.jadi,sekiranya kamu marah, maka berwuduklah!"

■ Apa yang perlu dilakukan ketika rasa marah??:
-pertama sekali bacalah a'uzubillahi minasy syaitonnir rojim.
-kemudian berdoalah kepada Allah, Ya Allah, Kau hilangkanlah kemarahan dalam
hatiku.
-dan seterusnya, berlalu pergi meninggalkan tempat tersebut.
-dan duduk terus sampailah hilang kemarahan tersebut.
-dan apa yg paling penting ditekankan oleh baginda adalah TERUS DIAM.
Baginda bersabda,"Jika kamu marah, maka diamlah!". Kerana ketika marah akan
terkeluar perkataan-perkataan yang tak dingini seperti talak.

| Sebahagian daripada intipati video, dan teruskan mmendengar dan
hayati..|~~✿(◠‿◠) & (◕‿-)✿

Dicatat oleh sang pencinta ilmu di 9:57 PG 0 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Perjalanan kehidupan, Renungan bersama



AHAD, 22 JULAI 2012


KEMBARA 35 : SEJARAH ASRAMA PELAJAR JOHOR DI ISKANDARIAH


 




Tahun 2005, setelah selesai urusan penyewaan Asrama Pelajar Johor di
Iskandariah, Pengarah MAIJ ketika itu Dato' Ibrahim Endan mencadangkan agar
diletakkan seorang jaga di bangunan tersebut tetapi kemudiannya bersetuju dengan
cadangan YDP BKPJM untuk meletakkan rumah mutazawwijin (pasangan yang telah
berkahwin) menggantikan jaga bagi menjaga keselamatan penghuni Asrama Pelajar
Johor (APJ) Iskandariah.

Pada tahun 2007 Pengarah MAIJ Dato' Zaini Osman bersama KPP zakat mencadangkan
agar rumah mutazawwijin di APJ Iskandariah itu dimansuhkan bagi memberi peluang
kepada pelajar-pelajar johor (akhawat) di Iskandariah memenuhi seluruh syaqah di
bangunan tersebut. Tindakan tersebut difikirkan rasional kerana MAIJ telah
mengeluarkan sejumlah peruntukan untuk menyewa rumah tersebut demi keselesaan
dan penempatan pelajar. Justeru semua syaqah perlu dimanfaatkan kepada pelajar.

Berbeza dengan apa yang berlaku di Kaherah pada hari ini. Rumah Johor yang telah
dibeli sekian lama untuk menempatkan pelajar johor, terutama pelajar-pelajar
baru dan pelajar yang susah kini semakin menyusut bilangan syaqahnya (bilik).
Ini disebabkan beberapa syaqah telah diperuntukkan kepada pengurus asrama dan
pembantu tadbir. Bahagian dalam dewan turut menjadi sempit disebabkan penambahan
ruangan pejabat pengurus asrama.

Dan maklumat terkini yang diterima pihak kerajaan negeri telah bersetuju untuk
menghantar beberapa orang lagi pegawai untuk membantu pengurusan di pejabat
pengurus asrama pelajar Johor di Mesir. Maka mungkinkah akan ada beberapa syaqah
lagi yang terpaksa 'dikorbankan' bagi memberi laluan kepada pegawai-pegawai
tersebut??

Tahukah anda bahawa Rumah Johor hanya mempunyai beberapa buah syaqah sahaja
untuk menempatkan pelajar??

Kesimpulannya, anak-anak Johor sepatutnya merasa lebih selesa dan merasa
terjamin kebajikannya 'serba serbi' apabila sejumlah pegawai telah dan akan
dihantar ke Mesir khusus untuk memberi khidmat bakti kepada pelajar.

Namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya. Bahkan pelajar Johor kini merasa
sangat sempit untuk berorganisasi, mendapatkan peruntukan program, memohon
bantuan zakat, memohon untuk masuk asrama, dengan prosedur-prosedur yang terlalu
ketat dan melecehkan. Pelajar boleh membayangkan betapa lapang dan harmoninya
anak-anak Johor satu ketika dahulu sebelum kedatangan para pegawai ke bumi
Mesir.

Justeru bukan bilangan kakitangan yang perlu ditambah tetapi kualiti kerja para
pegawai yang perlu untuk dipertingkatkan.

Adakah pegawai-pegawai yang dihantar ini benar-benar telah melaksanakan '19
item' dalam senarai tugas pegawai khas di Rumah Johor Kaherah sebagaimana yang
telah digariskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor?? Kita akan sama-sama
membuat penilaian.

Semoga luahan ikhlas anak Johor ini didengari dan mendapat perhatian semua
pihak.






Coretan daripada Ust.Firdauz bin Noh  

Dicatat oleh sang pencinta ilmu di 9:46 PG 0 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Perjalanan kehidupan



KEMBARA 34 : TERGAMAKKAH KITA??



SEBUAH KELUARGA - BADAN KEBAJIKAN PELAJAR JOHOR MESIR [BKPJM] - YANG TELAH
DIBINA PADA TAHUN 1970. KELUARGA INI TELAH MENGEMUDI BAHTERA SUDAH HAMPIR 42
TAHUN. SUDAH MENCAPAI USIA YANG CUKUP MATANG. MELAHIRKAN PEJUANG DAN ULAMA DARI
GENERASI KE GENERASI. KELUARGA YANG TIDAK KENAL ERTI PENAT DAN LELAH.MEREKA CUBA
SEDAYA UPAYA DEMI MELIHAT KEBAJIKAN DAN PERPADUAN TERLAKSANA UNTUK ANAK-ANAKNYA
(AHLI-AHLINYA). AKUR DAN REDHA. KELUARGA INI MENYEDARI BAHAWASANYA MEREKA
BUKANLAH YANG TERBAIK, TETAPI CUBA BERUSAHA KE ARAH YANG TERBAIK. SUKA DUKA,
PAHIT MANIS DILALUI BERSAMA DENGAN TABAH DAN CEKAL SEHINGGALAH KE HARI INI.


KINI, ADA PULA TANGAN-TANGAN YANG TIDAK SELESA MELIHAT KEBAHAGIAN KELUARGA INI.
TANGAN-TANGAN YANG BERUSAHA MEMBIKIN ONAR UNTUK MELIHAT PERPECAHAN DIKALANGAN
AHLI KELUARGA YANG SEDIA ADA. TERGAMAKKAH KITA MELIHAT KELUARGA YANG SEKIAN LAMA
TERBINA DIHANCURKAN ?? TIDAK TERHITUNG PENGORBANAN MEREKA YANG TERDAHULU. DAN
ALANGKAH SEDIHNYA MEREKA, SEKIRANYANYA MENDAPATI KESATUAN INI CUBA DIBUBARKAN.
WA IYAZUBILLAH.BKPJM KELUARGA KITA!!.~~

✿(◠‿◠) & (◕‿-)✿


 



Dicatat oleh sang pencinta ilmu di 9:07 PG 0 ulasan
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Perjalanan kehidupan

Catatan Lama Laman utama

Langgan: Catatan (Atom)


✿...اليوم...✿





9أسماء الحسنى9





(^_^) عن نفسي

sang pencinta ilmu Kulaijaya, Johor, Malaysia Anak ke-2 dari 3orang
adik-beradik. Mantan pelajar Sek.Ren.Keb. Bandar Tenggara(1), Maahad Pontian,
Maahad Johor, MARSAH (Daurah Bahasa Arab), sekarang menuntut di Universiti
Al-Azhar,Kaherah,Mesir. Fakulti Syariah wal Qonun, syu'bah Islamiah. Lihat
profil lengkap saya



✿FACEBOOK✿

Mohamad Syakirin Mohd Khalid

Create your badge



✿الزائرون✿





✿المنظمات✿

 * sunatullah.com
   People protesting after losing their job due to coronavirus pandemic
   3 bulan yang lalu
   
 * Tahu, Faham & Amal
   99 Hujjah ASWAJA
   11 bulan yang lalu
   
 * Info Terkini BKPJM | Kebajikan dan Perpaduan
   FEMINISME:RACUN PEMIKIRAN YANG KIAN MENULAR DI KALANGAN WANITA
   6 tahun yang lalu
   
 * Kem Latihan Penulis
   PMRAM : Dahulu,Kini Dan Selamanya
   9 tahun yang lalu
   
 * Laman Utama
   Hindarilah Sifat Jahil Dan Taksub…
   11 tahun yang lalu
   
 * Laman Rasmi GAMIS Pusat
   BANTAH BEKU PINJAMAN
   11 tahun yang lalu
   
 * Gedung Sufi Ibnu Hussain
   Petikan Surat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani
   15 tahun yang lalu
   
 * www.mymaktabaty.com
   
   
 * Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
   
   
 * welcome | MANHAL PMRAM
   
   




✿فــــنـون لــغــــــة الــــ"ض"ـ✿

 * Bahasa Syurga dot net
   DSKP Tingkatan 5 KBD MATED
   Sebulan yang lalu
   
 * Kalghari Network - Berlayar Di Lautan Siber
   Alamat Isim
   11 tahun yang lalu
   




✿PENGIKUT✿




✿~PENGUNJUNG HARI INI~✿

widgets


Feedjit Live Blog Stats



✿POST TERKINI..✿

get this widget here





::WAKTU MESIR::(,") الوقت كالذهب





::WAKTU MALAYSIA::





شَيخُنا...SYAIKHUNA


العلّامة الفضيلة الشيخ رفعت فوزي


العلّامة الفضيلة الشيخ سعد سعد جاويش


العلّامة الفضيلة الشيخ محمود سعيد ممدوح



✿بلوق الأرشيف✿

 * ▼  2013 (3)
   * ▼  Ogos (2)
     * Kembara 40 : SAYANGKAN SESUATU BIAR BERKADARAN
     * Kembara 39 : Variasi Kehidupan
   * ►  Mei (1)

 * ►  2012 (5)
   * ►  September (2)
   * ►  Julai (3)

 * ►  2011 (15)
   * ►  September (2)
   * ►  Ogos (2)
   * ►  Julai (2)
   * ►  April (2)
   * ►  Mac (2)
   * ►  Februari (2)
   * ►  Januari (3)

 * ►  2010 (17)
   * ►  Disember (9)
   * ►  November (2)
   * ►  Oktober (5)
   * ►  September (1)




✿قائمة المدونات✿

 * ::aku wanita::
   Ulang tahun perkahwinan yang ke 10 tahun : Alhamdulillah
   Setahun yang lalu
   
 * :: Mohd Zaki M.Noor ::
   Catatan Kembara Bermula 1 : Lari Dari Mana Ke Mana, Akhirnya Sampai Ke Mana
   3 tahun yang lalu
   
 * Zhuliana Bte Ambok Dalek
   MADRASAHKU SYURGAKU
   5 tahun yang lalu
   
 * ! Tutorial Untuk Blog | Tips Blogspot
   Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2017 Untuk Negeri/Kawasan Seluruh
   Malaysia
   6 tahun yang lalu
   
 * Sahah al-Langkatiyah al-Husofiyah
   Syeikh Nawawi Marfu`
   8 tahun yang lalu
   
 * Ibnu Ir Fadzil
   Laman Page Dan FB Saya
   9 tahun yang lalu
   
 * Blog Akhi Ahmad Kamil
   Antara Mereka Yang Kata-Katanya Memberi Kesan Pada Hati
   9 tahun yang lalu
   
 * sayangulama
   aku dalam paper sinar harian edisi utara tunang aku dalam paper metro
   9 tahun yang lalu
   
 * NahdahMuslim
   Cara Tips mempercantik diri dengan buah-buahan
   9 tahun yang lalu
   
 * Paradigm Shift
   Knowledge VS Wealth
   10 tahun yang lalu
   
 * Lagenda Melayu
   Tun Teja
   10 tahun yang lalu
   
 * "Buatku tersenyum"
   ABAYA FROM EGYPT
   10 tahun yang lalu
   
 * مجاهدة في سبيل الله
   memories at rembau negeri sembilan
   10 tahun yang lalu
   
 * hikayat kie ♂【JiwangZ ™】♂
   Ujian Bila Bercinta
   10 tahun yang lalu
   
 * +-+*Syifa' Qistina*+-+
   :: Antara adat dan syariat mas kahwin dan hantaran ::
   10 tahun yang lalu
   
 * Kartun2 Islamik By Matahati
   SALAM EIDULFITRI - HUTANG
   11 tahun yang lalu
   
 * Penalughawi
   qasidah jawa...
   11 tahun yang lalu
   
 * Hairul Nizam Mat Husain
   Lama Betul Tidak Menulis
   11 tahun yang lalu
   
 * sentuhan iman
   Menunaikan amanah dan berlaku adil. (Vol.2)
   12 tahun yang lalu
   
 * Lam@N SuN@h
   DaKu KiNi
   12 tahun yang lalu
   
 * scene-r
   PUTUS RISIK?
   12 tahun yang lalu
   
 * ARIFABQAR
   Artikel Umum ; Tips Hindari Sifat Takabbur
   12 tahun yang lalu
   
 * BILA AKU BERBICARA
   Hari Jumaat, Hari Raya
   12 tahun yang lalu
   
 * CINTAI DARUL AKHIRAT
   Hayya Nataharrak 'Uqulana..
   12 tahun yang lalu
   
 * Pesona Iman
   SILA RELOAD IMAN ANDA DENGAN SEGERA!!!
   13 tahun yang lalu
   
 * Subhannallah
   MEMATUHI IBU ANGKAT
   14 tahun yang lalu
   
 * keredhaan yang di cari
   
   




✿PERKONGSIAN ILMIAH✿